Risalah dari Muhammad Badie’, Mursyid Ikhwan Muslimin, 11-06-2010

Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan orang-orang yang mengikutinya ..adapun selanjutnya;

Setiap individu dan bangsa dalam kehidupan mereka pasti akan menempuh berbagai kesusahan yang sangat berat dan menghadapi rintangan yang sangat sukar. Ada di antara mereka yang menyerah di hadapan rintangan tersebut, lalu duduk diam tanpa bekerja dalam menghadapinya. Namun sejarah membuktikan para pembawa hidayah dan pendokong perubahan yang terdiri dari para nabi dan rasul serta orang-orang yang berjalan mengikut petunjuk mereka bahawa melalui keyakinan yang teguh dan harapan yang kuat serta bekerja secara berterusan segala mimpi dan kemajuan umat akan tercapai, serta umat yang bangkit mampu mendapatkan nilai diri yang sebenar iaitu memiliki kedudukan yang mulia di tengah umat atau bangsa lainnya. Junjungan besar kita nabi Muhammad saw dan para sahabat yang mulia telah meninggalkan lipatan sejarah yang harum, di Mekah sebelum hijrah dan di Madinah setelah pembentukan Negara Islam telah menghadapi berbagai rintangan dan halangan, namun – dengan kepemimpinan baginda Nabi saw – mereka mampu dalam dua dekad tersebut menempuh segala rintangan dan mengatasi berbagai halangan hingga ketika nabi masih hidup dakwah Islam telah tersebar ke seluruh Semenanjung Arab dan setelah kewafatannya dakwah tersebar ke serata pelosok dunia hingga menjadi negeri yang makmur dan dikenali pada ketika itu. Benarlah firman Allah:“Kerana itu janganlah sekali-kali kamu mengira Allah akan menyalahi janji-Nya kepada rasul-rasul-Nya; Sesungguhnya Allah Maha perkasa, lagi mempunyai pembalasan”. (Ibrahim:47).

Nabi Ya’qub a.s ketika berkata kepada anak-anaknya setelah kehilangan dua orang anak kesayangannya:“Dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya.” (Yusuf:86). Itulah perasaan yakin kepada Allah yang memenuhi hati seorang nabi yang mulia, bahawa dirinya akan bertemu kembali dengan kedua anaknya. Baginda telah meminta kepada anak-anaknya yang lain untuk mengiringi keyakinan itu dengan cita-cita dan kerja. Oleh karena itu baginda berkata kepada mereka seperti firman Allah: “Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. (Yusuf:87). Nabi Yaakub a.s sebenarnya menempuh jalan sama seperti yang dilakukan oleh Siti Hajar ibu nabi Ismail a.s yang ditinggalkan di tempat yang tiada orang dan di negeri yang tandus. Beliau menyatakan di saat keberangkatan nabi Ibrahim a.s bahawa:Dia berkata kepada suaminya, “Apakah Allah yang memerintahkan Engkau demikian” nabi menjawab: Ya. Lalu beliaupun berkata lagi: “Kalau begitu, Allah pasti tidak akan menyia-nyiakan kami

Ketika Siti Hajar kehabisan bekalan makanan untuknya dan anak yang masih menyusu, beliau tidak duduk menunggu jalan keluar dan memenuhi hatinya dengan keyakinannya kepada Allah dalam mencapainya. Namun beliau bangkit, bergerak dan mengerahkan seluruh tenaganya, berlari-lari anak hingga tujuh pusingan antara bukit Sofa dan bukit Marwah. Beliau mengambil sebab dan menyambut panggilan fitrahnya yang melarang diri dari duduk-duduk dan berputus asa. Demikian juga yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw yang menyahut panggilan dan perintah Allah. Baginda telah memenuhi hatinya dengan keyakinan penuh kepada Allah dan tidak mengenepikan harapan yang ada dalam dirinya untuk mencapai janji Allah untuknya. Justeru baginda bergerak dengan dakwah yang penuh keberkatan ke seluruh kota Mekah, kemudian pergi ke Taif, dan melakukan lawatan pada musim haji sambil memperkenalkan diri kepada para delegasi dari suku-suku Arab.

Tugasan terakhir baginda adalah hijrah ke Madinah Al-Munawwarah untuk memenangkan dakwah Islam dan setelah itu nabi saw dapat kembali ke kota Mekah, membuka dan memenangkan dengan penuh ketundukan dan kerendahan hati di hadapan Allah dengan menerima kelebihan yang besar di sisi-Nya.

  • Itulah keyakinan yang tidak goyah untuk percaya kepada Allah Yang Maha Esa.
  • Itulah harapan yang sentiasa diperbaharui, yang tidak akan hilang dalam diri orang beriman.
  • Itulah kerja yang berterusan dan gerakan yang berdisiplin yang tidak berhenti untuk mencapai  matlamat.
  • Itulah penerusan dan jalan yang panjang untuk mencapai matlamat.

Begitu juga kita yang berada di zaman ini berhadapan dengan situasi di mana setengah golongan yang menghantar pesanan yang berbau putus asa dan kekecewaan, sama ada pada peringkat antarabangsa, dalam isu Palestin atau di negara kita Mesir.

 Kami katakan dengan penuh keyakinan: tidak ada ruang dalam jiwa kami untuk berputus asa, kami tidak akan sekali-kali duduk diam, dan kami tidak akan sekali-kali menyerah. Kami tetap percaya terhadap janji Allah kepada orang-orang beriman, meyakini janji Allah kepada para mujahidin, dengan terus berusaha untuk memburu matlamat kami untuk mengembalikan kebebasan bangsa dan kemerdekaan negara serta untuk mencapai keamanan, kestabilan dan pembangunan yang adil bagi setiap rakyat dengan asas Islam yang suci. Musuh kita Zionis Israel yang disokong oleh Amerika dan Eropah, seakan ingin menyatakan kepada orang-orang yang terkepung di Gaza sejak 4 tahun yang lalu dan kepada rakyat Palestin di bawah pendudukan selama 60 tahun, bahawa tidak ada harapan lagi untuk mereka. Zionis telah mencuba dengan berbagai cara membibitkan perasaan putus asa dalam jiwa dan hati orang-orang yang yakin dengan kebenaran dan keadilan terhadap rakyat Palestin, namun usaha mereka tetap gagal, bahkan muncul berita gembira kepada mereka yang sentiasa percaya kepada janji Allah tentang berita dan perkembangan yang sama sekali tidak disangka-sangka oleh semua orang.

Pengepungan kian kuat dan ditambah dengan pembangunan tembok besi di bawah tanah atas dorongan dan bantuan Amerika untuk memperketat pengepungan dengan menutup pintu-pintu kehidupan, bantuan dan penyeludupan melalui terowongan bawah tanah, dan perjanjian strategik ditandatangani oleh Amerika – atas nama untuk Mesir – dengan Zionis Israel untuk memperketat sekatan laut, dan kawalan musuh dalam semua urusan penyeberangan, termasuk pintu sempadan Rafah yang berada di bawah kawalan Mesir dari terbuka secara terus menerus. Justeru usaha misi kemanusiaan flotila melalui laut yang disertai para pahlawan yang berusaha menembusi pengepungan yang anggotai lebih dari 40 negara Islam, Kristian dan Yahudi, termasuk anggota dewan, wanita, anak-anak dan orang tua yang gagah berani dari warga Palestin yang diduduki, negara-negara Arab dan Islam, dan seluruh Negara Eropah dan lain-lainnya, untuk mengumumkan keyakinan dan kepercayaan tentang hampirnya kehancuran pengepungan dan berakhirnya pendudukan, melalui daya usaha yang terus menerus dan berpanjangan walau terpaksa berhadapan dengan berbagai tipu daya dan rancangan jahat musuh. Sesungguhnya darah suci yang ditumpahkan di atas kapal “Mavi Marmara” dan penahanan terhadap ratusan aktivis tidak pernah menghentikan kegigihan para aktivis untuk menghancurkan pengepungan yang tidak adil yang telah menyebabkan warga Gaza kelaparan dan mengepung 1.5 Juta penduduk dan mengubah Semenanjung Gaza menjadi sebuah penjara terbesar di dunia, dan diikuti pula dengan keberanian dan kegigihan kapal kebebasan Ireland Rachel Corrie.

Di Mesir, berulang kali Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melakukan penipuan semasa proses pengundian dan menghalang rakyat bersuara secara bebas dan bersih ke dalam peti undi untuk memilih ahli parlimen dan dewan undangan negeri. Ini merupakan pesanan untuk membibitkan perasaan putus asa dan kehampaan yang diingini oleh sebilangan pemimpin sambil berkata kepada semua orang: “Tidak ada harapan, dan tidak ada jalan.”, Sebaliknya mesti menyerah sepenuhnya kepada sebilangan mereka yang dianggap bahawa mereka memiliki kemampuan individu untuk membentuk dan mengubah nasib bangsa dan keadaan negara, dan menutup segala kekuatan yang berpotensial untuk bergabung dalam pembanguan negara.

Kami sampaikan atas nama suara rakyat yang kuat dalam menghadapi pesanan tersebut:

  • Kami membawa pesanan keyakinan dan kepercayaan kepada Allah dan janji-Nya untuk para pejuang dan para mujahidin.
  • Kami membawa pesanan harapan yang penuh tentang kemenangan pilihan rakyat melawan ketidakadilan dan kekejaman, kezaliman dan kerosakan.
  • Kami membawa pesanan untuk terus bekerja keras dalam ruang lingkup perlembagaan dan undang-undang, serta perjuangan mengikut lunas undang-undang secara aman sehingga tercapai harapan semua rakyat Mesir dalam sistem politik demokrasi. Kami inginkan peralihan kuasa secara aman antara kekuatan dan parti politik mengikut kemahuan dan pilihan bangsa yang inginkan kebebasan. Ini kerana umat harus menjadi pemilik yang hak dan sumber kekuatan.

Allah Maha Besar dan segala puji hanya bagi Allah .. selawat dan salam ke atas nabi kita Muhammad saw beserta keluarganya dan para sahabatnya.

Artikel asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=66318&SecID=213

Oleh: Syeikh Raid Shalah (Ketua Harakah Islam di wilayah Palestina 48)

 Dakwatuna.com – Saya menemukan ketidakfahaman dan ketidaktahuan pada sebahagian (besar) umat Islam tentang apa yang dimaksud dengan Masjid Al Aqsa Al Mubarak? berapa luasnya? dan bangunan apa saja yang ada di dalamnya? Ketidaktahuan Umat tentang hal ini mestilah satu fenomena yang menyedihkan. Dari banyak perjalanan yang saya lalui, samada selama menunaikan ibadah Haji, atau keikutsertaan saya dalam konferensi-konferensi Islam, dan interaksi dengan berbagai elemen Umat baik di musim Haji maupun Umrah, saya punya kesimpulan bahawa kaum Muslimin masih memiliki pemahaman yang salah tentang Masjid Al Aqsa. Sebahagian mereka menyangka bahawa Qubah As Shokhrah (Dome of The Rock atau masjid berkubah kuning emas) adalah al Aqsa. Sebahagian lagi mengira, bahawa Mushalla Al Marwani adalah bangunan tersendiri, bukan merupakan bahagian dan tidak ada kaitanya sama sekali dengan al Aqsa al Mubarak. Sebahagian lagi bahkan kebingungan ketika mendengar istilah “al Aqsa al Mubarak” dan istilah “al Aqsa Al Qadim” (al Aqsa kuno).

Kerananya saya fikir adalah sesuatu yang mendesak untuk mengangkat dan menjelaskan permasalahan ini. Kerana adalah tidak wajar jika seorang muslim atau seorang arab tidak mengetahui yang mana AL Aqsa, kerana ketidak tahuan terhadap hakikat Masjid Al Aqsa yang sesungguhnya adalah awal yang memilukan bagi hilangnya al Aqsa al Mubarak. Sebaliknya, mengetahui dan memahami dengan baik (hakikat Masjid al Aqsa) merupakan prasyarat mutlak demi terwujudnya kesucian, kemuliaan dan kemerdekaan al Aqsa Al Mubarak, meski orang-orang kafir pasti tidak menyukainya. Kerana itu, saya bertanya kepada diri saya sediri dan kepada Kaum Muslimin, “Sebenarnya, apa yang dimaksudkan dengan al Aqsa Al Mubarak itu?”

Mujiruddin Al Hanbali (seorang Alim yang lahir di kota Al Quds dan merupakan keturunan dari Abdullah Ibn Umar Ibn Khattab*) dalam kitabnya Al Anas Al Jalil (sebuah buku yang secara panjang lebar menerangkan tentang sejarah Baitul Maqdis sejak didirikannya hingga tahun 900 H/1494 M dan merupakan referensi paling lengkap tentang kehidupan ilmiah pada masa Dinasti Ayub dan Raja-raja Mamluk. **Dia katakan: “ Yang popular dikalangan masyarakat bahawa al Aqsa dalam konteks kiblat yaitu keseluruhan bangunan ditengah-tengah Masjid yang di dalamnya terdapat mimbar dan mihrab besar. Padahal sesungguhnya yang dimaksud al Aqsa adalah sebutan bagi seluruh komplek Masjid yang dibatasi oleh dinding pembatas. Maka bangunan yang terdapat di dalam masjid dan bangunan-bangunan lainnya, seperti Qubbah as Shakhrah (Dome of The Rock), ruwaq-ruwaq (mihrab-mihrab masjid) dan bangunan-bangunan baru lainnya adalah bangunan-bangunan baru. Dan yang dimaksud dengan al Aqsa adalah komplek yang dibatasi oleh dinding pembatas.” Ad Dubbagh dalam bukunya Al Quds mengatakan: “ Al Haram Al Qadasi (wilayah harom yang suci) terdiri dari dua bangunan masjid; pertama, Masjid Ash Shakhrah (atau Qubbah Ash Shakhrah) dan Masjid al Aqsa, serta bangunan-bangunan apa saja yang ada disekitarnya, hingga dinding pembatas sekalipun.”

Dengan dasar ini, jelaslah bagi kita bahawa semua kawasan yang ada di dalam batas dinding al Aqsa al Mubarak adalah bahagian tak terpisahkan dari al Aqsa al Mubarak. Bahkan dindingnya itu sendiri merupakan bahagian dari al Aqsa. Dalam artian, dinding dan semua pintu gerbang yang ada padanya adalah bahagian tak terpisahkan dari al Aqsa yang diberkahi. Sebagai contoh, Dinding sebelah Barat adalah bahagian tak terpisahkan dari al Aqsa, begitu pula dengan Tembok Al Buraq yang merupakan bahagian dari Dinding Barat tersebut adalah juga bahagian tak terpisahkan dari masjid al Aqsa. Dan Ribath al Kurd yang juga bahagian dari Dinding Barat, merupakan bahagian tak terpisahkan dari al Aqsa. Demikian pula dengan semua pintu masuk yang ada di Dinding Barat tersebut seperti Pintu Barat (Bab Al Magharibah), juga semua bangunan yang ada di Dinding Barat seperti madrasah At Tankaziyah, semuanya bahagian tak terpisahkan dari al Aqsa al Mubarak. Saya, yakin majoriti Umat Islam belum mengetahui tentang hakikat ini. Dan adalah kewajiban bagi mereka untuk mengetahuinya. Maka bagi yang telah mengetahui hakikat-hakikat ini akan memaaham betul bahawa telah terjadi pelanggaran yang nyata terhadap al Aqsa al Mubarak hingga saat ini. Seperti, Perombakan dan pengalihfungsian Tembok Al Buraq yang merupakan bahagian dari al Aqsa yang sekarang ini terkenal dengan sebutan “Benteng Ratapan” (sebagai bentuk penyesatan makna) adalah salah satu bentuk penistaan yang nyata dan terus-menerus terhadap al Aqsa al Mubarak. Juga penutupan Pintu Barat (yang merupakan bahagian dari al Aqsa) yang dilakukan Israel hingga saat ini. Serta pengalihfungsian Madrasah At Tankaziyah (yang merupakan bahagian dari al Aqsa) menjadi barak militer Israel hingga saat ini. Semua itu merupakan bentuk-bentuk pelanggaran yang nyata dan berkesinambungan terhadap Masjid al Aqsa al Mubarak. Saya ulangi-ulangi sebagai penegasan, dan siapa saja diantara yang masih tidak faham tentang hal ini, sungguh keterlaluan.

Orang yang mengetahui hakikat al Aqsa al Mubarak maka secara otomatis akan mengetahui apa bentuk-bentuk pelanggaran yang dilakukan secara berkesinambungan dan apa saja penistaan-penistaan nyata yang dilakukan terhadap al Aqsa. Dan saya ingin katakan: “ Bahawa Benteng Timur dan Benteng Utara serta Selatan yang mengelilingi al Aqsa al Mubarak dengan semua pintu dan bangunan yang ada padanya adalah bahagian tak terpisahkan juga dari al Aqsa!! Sungguh tragis petaka yang menimpa Masjid Al Aqsa hingga detik ini jika dilihat pemahaman yang mengantarkan kita kepada hakikat al Aqsa al Mubarak ini!! Saya juga ingin menegaskan lagi bahawa semua bangunan yang ada di komplek yang dikelilingi oleh tembok pembatas mirip segi empat ini adalah bahagian tak terpisahkan juga dari al Aqsa al Mubarak!! maka pelataran berpasir yang ditanami pohon Zaitun dan pepohonan lainnya adalah bahagian tak terpisahkan dari al Aqsa. Tempat aliran air, kubah-kubah, tembok-tembok pembatas, gapura-gapura serta bangunan-bangunan lainnya adalah bahagian tak terpisahkan dari Masjid al Aqsa al Mubarak. Saya ulangi lagi, bahawa yang mengetahui dan memahami hakikat inilah yang akan mengerti nestapa dan kegelisahan yang menyelimuti al Aqsa al Mubarak!! Salah satu bangunannya yang terletak di dalam dinding pembatas telah dialihfungsikan menjadi Pos Polisi Zionis hingga saat ini, dan ini bentuk penodaan nyata yang berkesinambungan terhadap al Aqsa al Mubarak. Demikian pula dengan pelataran tanah yang terletak diantara dinding al Aqsa, sebahagian orang Zionis, terutama, “Yisrael Hawkins” berupaya membangun Sinagog diatasnya, dan menyatakan secara terang-terangan tentang hal itu. Dan bahkan secara terang-terangan mengatakannya kepada saya tentang rencana ini. Maka saya katakan kepadanya, “ Kalau itu yang kalian rencanakan, maka, (sebenarnya) kalian sedang berusaha untuk menyulut terjadinya perang dunia ketiga kerana wilayah ini adalah bahagian dari Masjid Al Aqsa al Mubarak. Dan cukup dengan berfikir untuk membangun Sinagog di atasnya kalian telah melakukan penodaan yang nyata terhadap al Aqsa al Mubarak!! Termasuk apa yang dilakukan Pemerintah Zionis dengan menutup pintu-pintu yang menjadi akses masuk ke pelataran ini dan bangunan-bangunana yang ada di dalamnya hingga saat ini adalah bentuk pelanggran nyata terhadap Masjid al Aqsa al Mubarak.

Kemudian ingin saya katakan lagi, seperti yang saya katakan sebelumnya, bahawa as Shakhrah al Musyarafah (Batu yang dimuliakan) adalah bahagian tak terpisahkan dari al Aqsa al Mubarak. Serta Masjid yang dibangun ditengah-tengah komplek Masjid al Aqsa al Mubarak dari arah Kiblat (yang oleh Umat Islam sering dipahami sebagai masjid Masjid al Aqsa (yang sesungguhnya), padahal bukan itu yang dimaksud Masjid Al Aqsa (yang sesungguhnya), beserta bangunan-bangunan yang terdapat dibawah masjid ini yang kita sebut dengan istilah “ al Aqsa Al Qadim” (al Aqsa Kuno) semuanya adalah bahagian tak terpisahkan dari al Aqsa al Mubarak. Begitu pula dengan Mushalla Al Marwani yang terletak disebelah tenggara al Aqsa adalah juga bahagian tak terpisahkan dari al Aqsa. Berdasarkan pemahaman ini, maka rencana jahat apapun untuk mengambil atau mengubah al Aqsa Al Qadim dan Mushalla Al Marwani adalah bentuk konspirasi keji terhadap al Aqsa al Mubarak. Dan kita bertahu-tahun tertipu, lalu dengan enteng berseloroh: “ Demi terciptanya kedamaian, mengapa tidak kita serahkan saja Mushalla Al Marwani atau al Aqsa Al Qadim kepada orang-orang Yahudi?!”

Saya katakan: Bangkitlah wahai Kaum Muslimin dan bangsa Arab! Pemikiran seperti ini adalah bentuk pelanggaran keji terhadap al Aqsa. Benar! Luka begitu menganga, malam terasa panjang, kegelisahan begitu berat, kesabaran dan sumbangsih yang berkesinambungan. Maka keberanian adalah kesabaran sesaat. Dan keyakinanlah yang mengantarkan kita kepada kepemimpinan dalam beragama. Jika kita tahu apa yang telah dipersembahkan, niscaya dengan sangat mudah dan jelas mengetahui (apa yang bisa kita dapatkan), seperti yang dikatakan Ustadz Muhammad Hasan Syarab dalam bukunya “Baitul Maqdis dan Masjid Al Aqsa”: “Masjid aL Aqsa yang disebut dalam surat al Isra’ semuanya adalah al Haram al Qadasi. Tempat, dimana pahala shalat disana dilipatgandakan. Dipenjuru mana saja di komplek yang dikelilingi pagar tembok itu, apakah di ‘Masjid al Aqsa’, atau di Qubbah as Shakhrah, atau di Musalla al Marwani atau bahkan di pelataran berpasir yang berada di dalam komplek yang dibatasi dinding tersebut. Setiap rakaat bernilai sama dengan 500 kali rakaat (dalam riwayat lain 1000 rakaat) shalat di masjid-masjid lainnya, selain Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Oleh kerana itu Al Quran dan tafsirnya adalah sumber budaya yang pertama  bagi Ikhwanul Muslimin, dengan ketentuan tafsir ulama salaf di dahulukan atas tafsir-tafsir lainnya. Sebab itu mereka bertumpu pada Tafsir Ibnu Katsir dan menjadikannya sebagai sumber utama. As-Sunnah adalah sumber kedua, dengan ketentuan mengenai ketulenannya dan syarahnya (penjelasannya) mereka harus berpegang pada imam-imam Hadith yang terpercaya.

Imam Hasan Al-Banna pada prinsip kedua dari duapuluh prinsipnya: “Dan Al Quranul Karim dan Sunnah yang suci, kedua duanya adalah tempat kembali setiap muslimin untuk mengetahui hukum Islam. Al Qur-an difahami sesuai dengan kaedah bahasa Arab, tanpa ditarik-tarik dan dipaksa-paksakan pengertiannya; dan dalam pemahaman Sunnah dikembalikan kepada imam-imam Hadith yang thiqah.”

Al-Quran, Hadith. Sejarah & Kajian Kekuatan Musuh

Kerana itu Ikhwanul Muslimin mementingkan Ilmu Al Quran dan Ilmu Hadith dan menunjukkan perhatian pada sebahagian kitab Hadith, seperti “Riyadus Shalihin, susunan Imam An-Nawawi. Begitu pula mereka mementingkan Fiqh yang berdasarkan Hadith atau Sunnah (Fiqhus Sunnah) seperti mereka memberi perhatian pada sejarah Nabi, memahaminya dan menarik dari padanya pelajaran yang dapat dijadikan contoh terapan bagi Islam dan tafsir praktis bagi Al Quran.

Ikhwanul Muslimin tidak mengabaikan Sejarah Islam dan riwayat para pahlawan, pemimpin, ulama dan para penganjur. Sistem pendidikan Ikhwanul Muslimin tidak melupakan gerakan-gerakan dan kekuatan-kekuatan yang bermusuhan, baik berupa agama, pemikiran mahupun politik, Zionisme, Komunisme, Imperialisme, Zending, Marxisme, Bahaisme, Qadyanisme dan sebagainya.

Ilmu Dan Penyebaran Yang Bersifat Umum

Tidaklah diragukan bahawa cabang-cabang dan pusat gerakan Ikhwanul Muslimin mempunyai usaha yang terus menerus di bidang ilmu dan penyebaran keislaman yang bersifat umum, sementara “keluarga-keluarga mereka” mengadakan pertemuan-pertemuan yang teratur bagi pendidikan akal. Pendidikan ini telah mendatang-kan hasil dalam lingkungan yang luas dari putera-putera Mesir.

Akal mereka bebas dari belenggu wahana dan khurafat, mata mereka terbuka terhadap persoalan-persoalan yang dihadapi dunia Islam, ke luar dari lingkungan tanah air yang sempit ke dunia Islam yang luas dan melihat kebudayaan Islam yang kaya raya serta sumber-sumber pokoknya dengan pandangan yang tajam dan akal yang terbuka.

Kematangan Kemampuan Ilmiah

Jelas warna kebangsaan adalah dominan pada kebanyakan anggota Ikhwanul Muslimin, demikian pula mementingkan perasaan dan berpidato secara umum, semenjak masa Mustafa Kamil dan Sa’ad Zaglul. Manusia pada waktu itu memerlukan kepekaan hati dan kesedaran jiwa, tidak ada golongan-golongan keyakinan yang bertentangan dengan pemikiran Islam seperti komunisme dan sebagainya, sibuknya perkumpulan itu menyiarkan dakwah dari satu segi dan tuntutan pengamalan dari segi lain serta penentangan terhadap pembatasan-pembatasan dan tekanan-tekanan yang dihadapkan kepadanya sejak masa-masa pertama.

Semua ini mempunyai pengaruh dalam pendalaman aspek pemikiran menurut kadar yang diharapkan pada kebanyakan anggota Ikhwanul Muslimin dan pada tertundanya kematangan kemampuan ilmiah sampai akhir tahun empat puluhan dan awal lima puluhan, ketika yang kecil telah menjadi pemuda, yang dewasa telah menjadi matang dan kemampuan kemampuan terpendam telah menampakkan diri.

Memperdalam Aspek Pemikiran Dan Ilmiah

Pada akhir hayatnya, Imam Hasan Al-Banna menyedari bahawa jama’ahnya perlu memperdalam aspek pemikiran dan ilmiah pada anggota-anggotanya dari satu segi dan menjelaskan aspek- aspek Islam dan tujuannya kepada selain anggota dari segi lain. Lalu beliau menerbitkan majalah bulanan Asy-Syihab untuk mengisi kekosongan ini dan merealisikan tujuan tersebut.

Majalah ini menggantikan majalah Al- Manar yang telah terhenti penerbitannya setelah pemimpinnya Sayid Rasyid Redha wafat. Tetapi kelahiran bayi yang diharapkan ini tidak sanggup terus hidup lebih dari lima jilid. Kebanyakan isinya ditulis oleh Hasan Al-Banna sendiri. Kemudian terjadi peristiwa Desember 1948 dan pada bulan Februari 1949 pemimpin majalah Asy-Syihab dibunuh orang.

Kefahaman Ikhwanul Muslimin tentang Islam adalah kefahaman baru dan lama. Adapun barunya, kerana kefahaman itu asing bagi kebanyakan orang termasuk generasi muda Islam sendiri, kerana kefahaman itu memandang Islam sebagai agama dan negara, ibadah dan kepemimpinan, rohani dan amal, salat dan jihad, Al Quran dan pedang, sebagai yang diumumkan oleh pendiri gerakan itu pada prinsip pertama dari prinsip-prinsipnya yang dua puluh itu :

Islam adalah peraturan yang lengkap, mencakup seluruh kenyataan hidup. Ia adalah negara dan tanah air atau pemerintah dan bangsa, jihad dan dakwah atau tentera dan pemikiran, bijak pandai dan undang-undang atau ilmu dan peradilan, akhlak dan kekuatan atau kasih sayang dan keadilan, kebendaan dan kekayaan atau usaha dan harta, begitu pula ia adalah akidah yang Murni dan ibadat yang benar.”

Pengertian Barat Terhadap Agama

Dengan menganggap agama adalah hubungan manusia dengan Tuhannya, bahawa tempatnya di mesjid dan surau dan tidak ada hubungannya dengan negara dan masyarakat. Kefahaman ini telah mempengaruhi banyak orang, sehingga di antara kecaman terhadap Ikhwanul Muslimin adalah ia mencampur adukkan antara agama dan politik.

Pemahaman Islam seperti ini adalah baru bagi kebanyakan orang, sehingga Hasan Al-Banna menamakannya “Islam Ikhwanul Muslimin”. Tetapi sebenarnya itu adalah pemahaman lama yang dikemukakan oleh Islam sendiri, kerana demikianlah pemahaman sahabat dan tabi’in terhadap agamanya, iaitu Islam menurut Al Quran dan As Sunnah.

Kekeliruan kaum muslimin memahami Islam

Pertama : Sisa-sisa tinggalan zaman kemunduran dan apa yang masuk ke dalam Islam pada masa itu berupa percampuradukan, bid’ah dan pengertian yang salah disebabkan penyelewengan dari mereka yang ekstrim, usaha dari mereka yang sengaja membuat kebatilan dan penafsiran orang-orang bodoh. Keadaan ini membawa kepada pencemaran keindahan Islam, menghancurkan keutuhannya dan merosak keseimbangan antara hukum-hukum dan ajaran-ajarannya. Lalu didahulukan apa yang seharusnya ditangguhkan dan ditangguhkan apa yang seharusnya didahulukan, di anggap penting apa yang sebenarnya remeh dan diremehkan apa yang sebenarnya penting. Dalam suasana seperti ini taklid dan fanatik mazhab berkembang dengan subur.

Kedua : Pengaruh-pengaruh pertarungan pemikiran atau penjajahan kebudayaan yang menimpa negeri-negeri Islam pada masa penjajahan asing, yang memasukkan pengertian-pengertian baru dan pemikiran-pemikiran asing dalam kehidupan kaum muslimin. Semua ini dimajukan dan diperkuat melalui lembaga-lembaga pendidikan dan pengajaran dan badan-badan ilmiah dan pengarahan.

Usaha penjajahan yang berbahaya

Bahkan paling berbahaya ialah mendidik sebahagian besar generasi muda Islam yang dinama “kaum terpelajar.” Pihak penjajah mengawasi pembentukan mereka, memberikan kepada mereka peradabannya, falsafah hidupnya dan cara pemikirannya. Akal dan hati mereka diisi dengan rasa kagum akan peradabannya, rasa hormat kepada hukum-hukumnya dan rasa senang untuk menirunya. Kepada mereka tidaklah diperkenalkan agama, peradaban dan warisan kebudayaan mereka sendiri kecuali sedikit sekali. Itupun dengan cara yang tidak intensif, mengenai hal-hal yang kurang bernilai, saling bertentangan lagi kelihatan buruk gambarannya.

Sebab itu tidaklah aneh kalau kita jumpai kaum muslimin hidup sebagai orang asing di negerinya sendiri. Rupa mereka adalah rupa orang muslim, sedang akal mereka adalah akal Eropah atau Amerika. Adalah kewajiban pendidikan Ikhwanul Muslimin untuk menghadapi kesankesan dari kebodohan lama dan pembodohan baru: dan bekerja keras untuk meletakkan sistem yang sempurna untuk mencerdaskan “seorang muslim” berlandaskan pada sumber-sumber Islam yang murni, sebelum dikotori oleh penambahan atau pengurangan dengan menjauhi istilah-istilah mutakallimin, takalluf para sufi dan debat para fuqaha’.

Dr Muhammad Badi’, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin,

Umat Islam sekalipun dalam keadaan lemah dan terpecah belah namun secara umum tetap setia pada agamanya dan negaranya, menolak untuk berkompromi dengan mengorbankan izzah (kehormatan) dan martabatnya, dan menolak berbagai upaya dalam melakukan pemutusan hubungan dan perpecahan, seperti yang dijelaskan oleh Allah tentang umat yang terbaik “Muhammad adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengannya adalah sangat tegas terhadap orang-orang kafir dan belas kasih (saling menyayangi) di antara mereka sendiri” (Al-Fath:29), Dan firman Allah dalam mendeskripsikan orang-orang yang dicintai Allah dan mereka mencintai Allah: “Senantiasa tunduk dan hormat terhadap orang-orang beriman dan tegas dihadapan orang-orang kafir” (Al-Maidah:54).

Gabungan antara tegas dan lembut, dan tunduk (merendah diri) dan izzah (kebanggaan) pada karakter seorang muslim ini mengungkapkan akan adanya keseimbangan yang menakjubkan, kerana itu sikap tegas yang bukan pada tempatnya tidaklah terpuji, begitupula saling berkasih sayang, namun yang terpuji adalah hendaknya seseorang memiliki sikap tegas pada tempatnya, bersikap lunak juga pada tempatnya, memiliki izzah dan bangga ketika berada dihadapan musuh-musuhnya dan pada spionase umatnya, lalu memandang mereka dengan pandangan kebanggaan; bukan pandangan lemah dan hina, hormat dan tunduk meletakkan sayapnya ketika berhubungan dengan urusan ikhwannya dan anak bangsanya, hatinya penuh dengan kasih sayang dan cinta kepada mereka, dengan itulah menjadi sebuah refleksi sabda nabi saw: “Perumpamaan orang-orang beriman dalam berkasih sayang, saling cinta dan kelembutan adalah seperti satu tubuh yang jika mengalami darinya sakit maka seluruh tubuhnya ikut merasakannya dengan begadang dan demam”. (Muslim).

 Musuh Kita Adalah Yang Memusuhi Dan Menyerang Kita:

Sesungguhnya seorang muslim dituntut untuk senantiasa berbuat ihsan kepada seluruh manusia, sebagaimana firman Allah: “Dan berkatalah kepada seluruh manusia pada yang baik” (Al-Baqarah:83). Dan ini mencakup seluruh manusia; Muslim atau kafir, terkecuali orang-orang kafir memerangi umat dan para agresor yang telah menistakan tempat-tempat suci dan kesuciannya, sebagaimana Allah SWT berfirman: “ Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang di sekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu, dan ketahuilah, bahwasanya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa”. (At-Taubah:123)

  “Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas”. (Al-Baqarah:190). Dan begitu pula jika demi menghilangkan kezhaliman dari selain kita dari orang-orang yang meminta pertolongan kepada kita, Allah SWT berfirman: “Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdoa: “Ya Tuhan Kami, keluarkanlah Kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah Kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah Kami penolong dari sisi Engkau!”. (An-Nisa:75)

 Adapun orang-orang kafir yang tidak memerangi kita, tidak memusuhi, dan membunuh kita maka Allah SWT berfirman: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan Berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu”. (Al-Mumtahanah:8)

Adapun makna kata al-birr (kebaikan) yang diperintahkan dalam ayat mencakup seluruh jenis kebaikan.Dan dalam sejarah tentang umat ini, yang diriwayatkan secara mutawatir disebutkan bahwa umat Islam senantiasa berbuat ihsan (baik) kepada non muslim, khususnya warga Negara kita dan tetangga kita serta sekutu kita dari warga nasrani; sehingga bersatu darah kita dan darah mereka dalam mempertahankan negeri, menyatu keringat kita dengan keringat mereka dalam membangun kembali kebangkitannya dan peradabannya.

Ketidakseimbangan Dan Mundurnya Umat:

Banyak dari umat Islam yang telah mengabaikan tsawabit Islam dan insaniyah (humanisme) sehingga mereka menjadi sosok yang tegas (keras) atas orang-orang beriman dan selalu tunduk, merendah diri dan hormat dihadapan orang-orang kafir, persis dengan apa yang disebutkan oleh nabi saw tentang sifat orang-orang khawarij yang melakukan  “membunuh para pemeluk ajaran Islam dan membiarkan hidup para penyembah berhala” (Syahikhani).

Dan inilah yang membuat zionis dan pendokongnya berani  merebut negara kita dan tempat-tempat suci kita.Dan oleh kerana itu pula, banyak kita saksikan saat ini darah umat Islam tumpah dengan mudahnya dan harga yang sangat murah dan bahkan tanpa ada harganya, ruh dan jiwa-jiwa kita berada dalam wahn “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu Maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)”. (As-Syura:30)

 Bahawa kehinaan dan kerendahan yang dilakukan oleh umat Islam saat  ini  adalah hasil dari apa yang kita lakukan oleh tangan kita sendiri, dan dari apa yang kita usahakan oleh diri kita sendiri, dan jika kita tidak kembali kepada agama kita dan tsawabit kita, dan bersuaha menjaga dan mempertahankan martabat kita, sehingga kita dapat mengembalikan kemuliaan dan kehormatan kita, sebagaimana yang diungkapkan oleh Al-Faruq: “Kami adalah umat yang telah dimuliakan Allah melalui Islam, maka dari itu, kami tidak akan mencari izzah kepada selain Islam”. (Al-Hakim)

Bermaafan Bagi Musuh Dan Keras Terhadap Sesama Muslimi

Tampak mengherankan ditubuh orang yang berakal dari umat ini, mereka melihat beberapa pemerintah sangat berambisi dan antusias memberikan maaf dan berlapang dada atas semua kejahatan yang dilakukan oleh Zionis terhadap umat ini, bahkan bagitu cepat menerima berbagai tindak kejahatan dan pelaku kejahatan Zionis kepada pemerintah zionis dengan rasa bangga dan terhormat, bahkan tanpa meminta dilakukan persidangan, serta bahkan untuk tindakan yang paling keras (dan paling keji) tingkatannya sekalipun dalam berbagai agresi Zionis yang senantiasa berulang dan berulang, dengan dalih sebagai wadah untuk memobilisasi proses perdamaian yang diluncurkan oleh pemerintah Zionis atasnya setiap hari berbanding puluhan rudal mematikan yang diabaikan oleh Pemerintah dan bangsa kita, bahkan berlawanan dengan semua undang-undang dan konvensi internasional.

 Dan lebih menghairankan lagi adalah ketika pemerintah yang begitu lembut kepada musuh, tidak henti-hentinya menunjukkan kekejaman secara terus menerus dan terang-terangan terhadap bangsa dan warganya sendiri, memperlakukan keadaan darurat, merebut kebebasan, menangkap para tokoh, dan menumpahkan masalah kepada orang-orang yang berusaha melakukan perbaikan terhadap negaranya sendiri, menjatuhkan pengadilan militer  dan pengadilan khusus, menjatuhkan hukum yang paling keras dan kejam bagi siapa yang berusaha membantu atau mencoba membantu para pejuang dan para pembela kebenaran, dan yang terakhir kali terjadi  dijatuhkannya hukuman secara tiba-tiba terhadap kelompok  yang berusaha memberikan dukungan logistik kepada para pejuang di Gaza, sekalipun pada kelompok lain telah melakukan kesalahan berupa pelanggaran batas kedaulatan negara Mesir, namun dapat dimaafkan dan diberikan keringanan atas kerana niat mereka yang baik dan keinginan yang tulus untuk membantu saudara-saudara kita di Gaza, terutama kerana mereka tidak terlibat dalam  berbagai tindak agresi terhadap Mesir; kerana itulah, yang sangatlah menakjubkan lagi  adalah besarnya pembicaraan tentang kedaulatan Nasional (di mana kami sangat antusias terhadapnya), pada saat tidak adanya istilah-istilah ini sepenuhnya, terutama ketika agresor Zionis melakukan tindakan mencurigakan melawan Mesir, khususnya ketika tertangkap senjata yang mereka bawa sangat jelas.

Seruan untuk memberi maaf dari semua orang yang tertindas:

Dengan ini kami – sebagaimana kami menyeru kepada negara-negara Arab seperti Arab Saudi, Yaman, Libya untuk membebaskan beberapa warga Mesir yang dijatuhi hukuman di negara-negara tersebut- kami menyeru kepada Presiden Mubarak untuk tidak membenarkan atas hukuman yang keras tersebut, sebagaimana kami menyeru untuk menggunakan kekuasaan konstitusional dalam memberikan maaf (Amnesti) kepada mereka, dan membebaskan semua tahanan politik secara zhalim, termasuk korban pengadilan Militer yang tidak alami.

Bahawa pemberian maaf (Amnesti) yang menjadi kewajiban dan dicintai oleh Allah  yang senantiasa kami menganjurkannya adalah yang terdapat di dalamnya kebaikan bagi kondisi Negara dan  warga Negara  “Maka barangsiapa yang memaafkan dan membuat kebaikan maka pahalanya dari  Allah (Syura: 40) yaitu: barangsiapa yang memberikan maafnya mencakup melakukan perbuatan baik maka dialah yang berhak memperoleh pahala dari Allah.

Namun jika pemberian maafnya diiringi tindak kejahatan bukan kebaikan, dengan memberikan maaf kepada Zionis yang telah merebut dan menganeksasi negara kita, membunuh dan mengusir saudara-saudara kita; maka hal tersebut merupakan tindakan orang yang berdosa terhadap hak warga dan negaranya, serta terhadap diri sendiri dan agamanya. Kami bertanya-tanya kepada orang-orang yang berakal dari bangsa kami: Apakah amnesti bagi kaum Zionis yang jelas-jelas merupakan musuh, dan berani melanggar dan menistakan tempat-tempat suci kita, merampas negara kita dan menghina symbol-simbol dan syiar kita, termasuk para hakimnya. sebagai simbol keadilan dalam Negara kita adalah tindak kejahatan atau perbaikan?

Di sisi lain kami juga bertanya-tanya kepada mereka: Apakah dengan mengambil keluarga kami dan anak-anak dari agama kami dan bagian dari bangsa kami hanya kerana praduga, tuduhan dan tanpa bukti, dan melarang mereka untuk tampil di depan hakim secara alami namun dibawa ke pengadilan khusus dan pengadilan militer, dan mengeluarkan keputusan keras terhadap mereka dan tidak bisa ditentang, adalah merupakan tindakan untuk mencapai perbaikan atau kerusakan?

Beberapa orang mungkin mengerti bahwa hendaknya kita menghentikan sementara permusuhan terhadap anak bangsa kita sendiri terutama saat kita mempersiapkan diri untuk menghadapi mereka (musuh), namun dalam konteks apa kita dapat memahami hal ini, kekakuan dan tindak kekerasan yang berlebihan terhadap saudara-saudara kita dan warga negara sendiri, dan pada saat bersamaan menunjukkan sikap lunak yang berlebihan dalam menghadapi musuh-musuh umat dan para agresos tersebut.ketahuilah bahwa hal tersebut kita akan mampu mempertahankan jati diri dan prestise kita, dan tidak akan mengembalikan kedudukan kita kecuali dengna meletakkan segala urusan ditempatnya masing-masing.

 Sikap lembut, jika tidak ada sikap lembut yang menghiasi pemiliknya   Namun bersikap lembut dhadapan musuh merupakan kehinaan Allah Maha Besar dan segala puji hanya milik Allah, dan salawat dan salam atas Nabi kita Muhammad beserta keluarganya dan para sahabatnya

Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi

Yang terpenting dan yang lazim pada hari  ini  dalam  mendidik dan  membekali  pemahaman  ajaran agama terhadap kaum Muslimin ialah memberikan pengetahuan  kepada  mereka  apa  yang  patut mereka  kerjakan  terlebih  dahulu  dan  apa yang mesti mereka akhirkan; serta apa yang seharusnya disingkirkan  dari  budaya kaum Muslimin. Di   lembaga-lembaga   pendidikan   agama,   universiti   dan fakulti-fakulti  agama,  banyak  sekali  pelajaran  yang menghabiskan  tenaga  dan  waktu  para pelajar untuk melakukan kajian terhadap hal itu. Padahal separuh atau seperempat waktu yang dipergunakan untuk itu sebetulnya dapat mereka pergunakan untuk melakukan sesuatu yang lebih bermanfaat bagi agama dan dunia mereka.

Kurang Memahami Dan Mencerna Kandungan

Saya dapat menyebutkan, misalnya pada fakulti Usuluddin, kita mengkaji kitab al-Mawaqif karangan al-Iji, berikut  syarah-nya yang  ditulis  oleh  al-Jurjani  beberapa paragraf –dan bukan beberapa bab– yang berkaitan dengan al-thabi’iyyat dalam buku itu;  atau  bab  al-Muqaddimat.  Dalam  kes  ini kita sangat kurang memahami dan mencerna kandungan buku itu, dan guru kita juga kurang dalam memberikan penjelasan dan pemecahan hal-hal yang rumit dan mengungkapkan muatan maknanya.  Misalnya   waktu   itu   kita   pergunakan   untuk   mengikuti perkembangan    aliran    filsafat   modern   dan   memberikan tanggapannya yang ilmiah dan objektif, atau  mengikuti  sumber rujukan  dasar  dan  syarah  para  imam  besar,  atau menggali pemikiran dan pemahaman yang original dalam  kajian  pembaruan di  dalam  Islam, maka insya Allah banyak kebaikan dan manfaat yang kita peroleh darinya.

 Masih banyak lagi kelemahan yang terjadi dalam lembaga-lembaga dan  institusi  pendidikan  tersebut; kerana di sana masih ada kelebihan waktu yang dipergunakan untuk mengkaji suatu  material tertentu,  sedangkan  material yang lain tidak mendapatkan waktu untuk dikaji. Sebetulnya “ilmu kalam” yang dipelajari  mengikuti  metodologi yang lama sangat memerlukan sentuhan pembaruan, agar dia dapat menyampaikan pesanan al-Qur’an kepada fitrah manusia, serta akal dan  hati  mereka secara bersamaan. Sepatutnya dia sudah tidak lagi memakai metodologi filsafat  Yunani;  di  mana  Imam  Ibn al-Wazir  pernah  menulis  sebuah  buku  yang  sangat berharga dengan judul Tarjih Asalib al-Qur’an ala Asalib al-Yunan.

Ilmu Kalam Perlu Diasah Dengan Ilmu Moden

Bukti-bukti  dan tanda-tanda kebesaran Tuhan yang ada di alam semesta ini, untuk memperkuat keimanan,  dan  mengikis kemusyrikan;  sebagaimana  buku-buku  yang sangat terkenal dan telah ditulis dalam bidang ini; seperti  buku:  al-’Ilm  Yad’u ila  al-Iman  (Ilmu  Pengetahuan  Mendorong  kepada Keimanan); Allah Yatajalla fi ‘Ashr al-’Ilm (Allah Menjelma di  Era  Ilmu Pengetahuan);   Ma’a  Allah  fi  al-Sama‘  (Bersama  Allah  di langit);  Allah  wa  al-’Ilm   al-Hadits   (Allah   dan   Ilmu Pengetahuan Modern), dan lain-lain.

Ilmu  fiqh  sudah masanya dipermudah bagi umat manusia, dengan penampilan yang baru, dengan  penekanan  terhadap  kepentingan manusia  pada  abad  ini;  yang  mencakup  pembahasan  tentang perseroan, transaksi, perbankan, perjanjian-perjanjian modern, hubungan  internasional,  dan  penerjemahan  ukuran nilai mata wang, takaran, timbangan,  ukuran  panjang  yang  lama  kepada bahasa modern. Di samping itu, kita mesti memperhatikan peradaban yang hendak kita berikan kepada kaum Muslimin, dan pentingnya  menciptakan variasi  terhadap  peradaban  tersebut.  Dan  harus  dibezakan peradaban  yang  diberikan  kepada  orang  yang  terdidik  dan masyarakat  awam  yang  terdiri  atas  para buruh, petani, dan lain-lain.

Pemikiran Dan Pengetahuan Agama Yang Diulang-Ulang

Kebanyakan para juru da’wah dan para guru  –serta  kebanyakan para  penulis– hanya mengisi otak masyarakat dengan pemikiran dan pengetahuan agama yang diulang-ulang,  dan  dihafal,  yang tidak  didukung  dengan  dalil  yang diturunkan oleh Allah SWT serta  dalil-dalil  hukum  agama.  Mereka  hanya  menyampaikan tafsir  Israiliyat,  dan  hadis-hadis  lemah  dan maudhu, yang tidak ada sumbernya. Misalnya pembicaraan mengenai “Hakikat dan Syariah”;  “Hakikat Muhammad”  atau  sesungguhnya  Nabi  adalah makhluk Allah yang pertama kali; atau pembahasan yang berlebihan di seputar dunia “Para  Wali”, “Keramat”: yang tidak didasari dengan dalil dari ajaran agama, dan bukti ilmiah, serta logika yang benar.

Perbuatan yang serupa dengan ini ialah  kesibukan  orang-orang terhadap  masalah-masalah khilafiyah antara satu mazhab dengan mazhab yang lain; atau menyulut  pertarungan  bersama  gerakan tasawuf,  atau  pelbagai  kelompok  tasawuf,  dengan  berbagai persoalannya yang termasuk sunnah dan bid’ah, yang  betul  dan yang menyimpang. Kita mesti membuat prioriti terhadap masalah ini dan tidak boleh  membuat  generalisasi  dalam  hukum-hukum yang berkaitan dengan masalah tersebut.

Syeikh Fathi Yakan

Oleh itu pemuda Islam mestilah mengambil berat tentang hatinya. Memberikan bekalan supaya ianya menjadi hati yang rabbani, yakin dan tenang. Rasulullah saw telah menunjukan bagaimana cara mengambil berat tentang hati bagi menunaikan tanggungjawab risalah yang dipikulnya mengikut kadar cabaran yang dihadapi untuk membolehkan mereka melaksanakan peranan terpenting dalam melakukan perubahan itu.

Pertama: Zikrullah.

Zikir atau mengingati Allah adalah menghidupkan hati. Ia membuang karat-karat dan melembutkan hati. Sesuai dengan hadis Rasulullah saw: Al-Baihaqi.

  • *‘Setiap sesuatu itu ada penggilapnya, dan penggilap hati itu ialah zikrullah.
  • *Tidak sesuatu yang lain dapat melepaskan seseorang dari azab neraka Allah lebih dari zikrullah.’

Rasulullah saw telah meninggalkan kepada kita suatu manhaj atau cara berzikir kepada Allah yang meliputi semua kehidupan kita yang jika diamalkan oleh pemuda Islam ia akan menjadi sebagai hirupan udara atau memakan makanan.

Benarlah Firman Allah swt – “Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi pertukaran malam dan siang adalah menjadi tanda bagi mereka yang berfikir. Iaitu mereka yang selalu berzikir mengingati Allah baik waktu bangun atau duduk atau waktu tidur. Mereka itu berfikir tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata, ‘Tuhan kami, tidaklah engkau ciptakan ini dengan sia-sia; Maha Suci Engkau maka lepaskanlah kami dari azab neraka; Tuhan kami, sesungguhnya mereka yang Engkau masukkan ke neraka ialah mereka yang telah engkau hinakan dan tiada bagi orang-orang yang zalim itu penolong.”

Kedua: Bergantung Dengan Kitab Allah.

Hubungan baik pemuda Muslim dengan kitab Allah iaitu

  • *pergantungan dan pembacaan mereka terhadap kitab Allah itu sambil mentadabburkan ayat-ayat dan maknanya adalah jalan yang paling dekat kepada Allah.
  • *Ia juga merupakan dorongan paling kuat ke arah hubungan baik dengan Allah.

 Di dalam satu wasiat Rasulullah saw kepada Abu Dzar al-Ghafari: ‘Hendaklah engkau membaca Al-Quran, sesungguhnya ia adalah cahaya bagi kamu di bumi, dan perbendaharaan bagi kamu di langit.’

Dalam hadis Rasulullah saw daripada Abdullah bin Mas’ud: A-Quran ini ..

  • *ialah hidangan Allah. Maka hendaklah kamu menghadapi hidangan itu sekadar yang kamu mampu.
  • *adalah  tali Allah, cahaya yang terang dan penawar yang berfaedah.
  • *jadi pengawal kepada mereka yang berpegang dengannya, melepaskan mereka yang mengikutinya.
  • *membetulkan sebarang penyelewengan & perkara yang tidak betul; keajaibannya tidak putus-putus. *bacalah Al-Quran kerana akan diberi ganjaran atas bacaannya, setiap huruf sepuluh kebaikan. Tidaklah ALIF LAM MIM itu satu huruf.’

Ketiga: Muraqabah Allah.

Muraqabah (kawalan) Allah boleh memelihara pemuda Islam dari tergelincir malah memelihara mereka dari fitnah dan sentiasa hati mereka mendapat pertunjuk Allah dan bukannya dipandu oleh hawa nafsu. Oleh itu pemuda Islam hendaklah mengetahui tiga perkara:

  • *Perkara yang jelas kebaikannya hendaklah diikuti.
  • *Perkara yang terang keburukannya hendaklah dijauhi.
  • *Perkara yang syubahat hendaklah ditanyakannya.

 Muraqabah Allah Taala bertambah kukuh dan mendalam dalam jiwa pemuda Islam bersama tingkatnya rasa dekat (Qurb) dengan Allah. Firman Allah swt::  “..tidakkah Engkau memikirkan, Bahawa Sesungguhnya Allah mengetahui Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi? tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah Yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah Yang keenamnya, dan tiada Yang kurang dari bilangan itu dan tiada Yang lebih ramai, melainkan ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. kemudian ia akan memberi tahu kepada mereka – pada hari kiamat – apa Yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Mujadalah:7)

Keempat: Mujahadah An-Nafs.

Dalam skop persediaan kejiwaan, pemuda Islam akan mendapati pergolakan dalam dirinya; nafs-ammarah-bi-su’ (nafsu jahat). Kalau tidak dikekang dengan taqwa sebagaimana perintah Allah dalam kitabnya: ¨. adapun orang Yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka Sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.” (An-Naziat:40-41)

 “..Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya – Yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya – Yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (As-Syaam:7-10)

 Oleh itu pemuda Islam mestilah sentiasa berjihad dengan diri mereka menghalang daripada makan, minum, berpakaian, kata-kata, pandangan, pendengaran dan syahwat yang berlebihan. Memang benarlah sabda Rasulullah saw: ‘Mujahid ialah mereka yang bersungguh-sungguh berjihad pada mentaati Allah’

Ringkasnya, bahawa

  • pemuda Islam diajak ke arah melakukan TAGHYIR ISLAMI (Perubahan secara Islam) dalam dirinya sebelum ia diajak ke arah mengubah masyarakatnya.
  • Benarlah pula kata-kata Ali b Abi Talib bila ia mengatakan: ‘Sesiapa yg dilantik menjadi pemimpin manusia, hendaklah ia mula dgn mengajar dirinya sendiri sebelum ajar orang lain.
  • Hendaklah ia mengajar dengan cara perjalanan hidup sebelum mengajar dengan lidah.
  • Orang yang dapat mengajar dan melatih diri sendiri itu lebih layak dihormati dari mereka yang mengajar orang ramai.
  • Mereka yg sebenarnya mencapai kemenangan hakiki dalam medan perjuangan TAGHYIR ialah mereka yg dapat keuntungan diri mereka walaupun pada lahirnya mereka rugi di dunia.
  • Orang yang mendapat kerugian hakiki ialah mereka yang kalah dalam diri mereka walaupun mereka lahirnya mendapat keuntungan dunia.

Tersebut dalam peraturan dasar Ikhwanul Muslimin dalam menerangkan tujuan perkumpulan dan gerakan itu, ialah

  • “Tujuan Ilmiyah” dengan menerangkan dakwah menurut Al Quran dengan keterangan yang teliti, menjelaskannya serta mengembalikannya kepada hakikatnya dan keutuhannya; dan menyajikannya sesuai dengan keadaan masa serta menolak dari padanya semua kebatilan dan syubhat.
  • “Tujuan amaliyah” yang menyatukan hati dan jiwa atas prinsip-prinsip Al Quran dan menyegarkan pengaruhnya pada jiwa dan hati. Di antara cara penyampaiannya ialah melalui jalan penyiaran dan penerangan yang beraneka ragam, dan mendidik untuk membentuk anggota perkumpulan atas prinsip-prinsip ini dan memungkinkan terlaksananya pengertian beragama secara amaliah, bukan hanya dengan ucapan saja, menanamkannya dalam diri mereka baik secara peribadi mahupun keluarga; dan membentuk mereka dengan sebaik-baiknya; tubuh dengan olahraga, Rohani dengan ibadah dan akal dengan ilmu.

Asas Pembentukan “Akal Sejahtera”

Demikianlah pendidikan Ikhwanul Muslimin yang menempatkan pembentukan akal atau ilmu pada tempat terdepan dalam sistemnya yang bersifat menyeluruh. Dalam hal ini pendidikan Ikhwanul Muslimin ditegakkan atas asas pembentukan “akal sejahtera” untuk memahami agama dan kehidupan dengan kefahaman yang benar. Dalam hubungan ini seorang muslim harus mengambil dari ilmu-ilmu Islam sekadar yang memantapkan akidahnya, meluruskan ibadatnya, membentengi akhlaknya dan berdiri pada batas-batas yang ditentukan Allah mengenai halal dan haram, perintah dan larangan. Dengan pengetahuannya itu ia sanggup menilai peristiwa-peristiwa, peribadi-peribadi, situasi-situasi dan masalah-masalah dengan akal seorang muslim yang selalu memandang dari sudut Islam dan menilai berdasarkan kriteria-kriteria Islam. Begitu pula ia harus memahami kehidupan sekitarnya, bagaimana jalannya, perubahannya, pengaruhnya dan apa faktor-faktor yang menimbulkan gerak, perubahan dan pengaruh itu?

 Mengenal Masyarakat Kecil Dan Besar

Seorang anggota Ikhwanul Muslimin harus memulai dengan mengetahui atau mengenal masyarakat kecil di mana ia hidup di desa atau kota, kemudian meningkat pada pengenalan masyarakat yang lebih luas seperti tanah air dalam pengertian ilmu bumi dan politik, kemudian negeri yang luas negeri-negeri Arab dari teluk sampai ke lautan, kemudian negeri yang lebih luas dari lautan ke lautan, iaitu semua negeri-negeri Islam. Ia harus mengenal gerakan-gerakan yang menentangnya dan kekuatan yang memusuhinya seperti Yahudi, Nasrani, komunis dan pengikut-pengikutnya di dunia Islam seperti penganut-penganut sekularisme, kebebasan, orang-orang yang taklid buta, dengki orang-orang yang mencari keuntungan dan lain-lain dari pemuja benda dan kedudukan. Inilah sistem pendidikan yang dilaksanakan bagi anggota Ikhwanul Muslimin dengan kelengkapan-kelengkapannya. Untuk itu dibentuk bahagian keluarga yang didukung oleh bahagian-bahagian yang lain dan oleh setiap orang yang mempunyai pengalaman dalam lapangan pendidikan Islam.

Kefahaman Baru Dan Lama

Adapun barunya, kerana kefahaman itu asing bagi kebanyakan orang termasuk putera-putera Islam sendiri, kerana kefahaman itu memandang Islam sebagai agama dan negara, ibadah dan kepemimpinan, rohani dan amal, salat dan jihad, Al Quran dan pedang, sebagai yang diumumkan oleh pendiri gerakan itu pada prinsip pertama dari prinsip-prinsipnya yang dua puluh itu : “Islam adalah peraturan yang lengkap, mencakup seluruh kenyataan hidup. La adalah negara dan tanah air atau pemerintah dan bangsa, jihad dan dakwah atau tentera dan pemikiran, bijak pandai dan undang-undang atau ilmu dan peradilan, akhlak dan kekuatan atau kasih sayang dan keadilan, kebendaan dan kekayaan atau usaha dan harta, begitu pula ia adalah akidah yang Murni dan ibadat yang benar.”

Pengertian Barat yang beragama Masehi terhadap agama dengan menganggap agama adalah hubungan manusia dengan Tuhannya, bahawa tempatnya di masjid dan surau dan tidak ada hubungannya dengan negara dan masyarakat. Kefahaman ini telah mempengaruhi banyak orang, sehingga di antara kecaman terhadap Ikhwanul Muslimin adalah ia mencampur adukkan antara agama dan politik. Pemahaman Islam seperti ini adalah baru bagi kebanyakan orang, sehingga Hasan Al-Banna menamakannya “Islam Ikhwanul Muslimin”. Tetapi sebenarnya itu adalah pemahaman lama yang dikemukakan oleh Islam sendiri, kerana demikianlah pemahaman sahabat dan tabi’in terhadap agamanya, iaitu Islam menurut Al Quran dan As Sunnah.

Kekeliruan Kaum Muslimin Memahami Islam

Adalah akibat dua perkara penting :

Pertama : Sisa-sisa tinggalan zaman kemunduran dan apa yang masuk ke dalam Islam pada masa itu berupa percampuradukan, bid’ah dan pengertian yang salah disebabkan penyelewengan dari mereka yang ekstrim, usaha dari mereka yang sengaja membuat kebatilan dan penafsiran orang-orang bodoh. Keadaan ini membawa kepada pencemaran keindahan Islam, menghancurkan keutuhannya dan merosak keseimbangan antara hukum-hukum dan ajaran-ajarannya. Lalu didahulukan apa yang seharusnya ditangguhkan dan ditangguhkan apa yang seharusnya didahulukan, di anggap penting apa yang sebenarnya remeh dan diremehkan apa yang sebenarnya penting. Dalam suasana seperti ini taklid dan fanatik mazhab berkembang dengan subur.

Kedua : Pengaruh-pengaruh pertarungan pemikiran atau penjajahan kebudayaan yang menimpa negeri-negeri Islam pada masa penjajahan asing, yang memasukkan pengertian-pengertian baru dan pemikiran-pemikiran asing dalam kehidupan kaum muslimin. Semua ini dimajukan dan diperkuat melalui lembaga-lembaga pendidikan dan pengajaran dan badan-badan ilmiah dan pengarahan.

Usaha penjajahan yang berbahaya bahkan paling berbahaya ialah mendidik sebahagian besar putera-putera Islam yang dinama “kaum terpelajar.” Pihak penjajah mengawasi pembentukan mereka, memberikan kepada mereka peradabannya, falsafah hidupnya dan cara pemikirannya. Akal dan hati mereka diisi dengan rasa kagum akan peradabannya, rasa hormat kepada hokum-hukumnya dan rasa senang untuk menirunya. Kepada mereka tidaklah diperkenalkan agama, peradaban dan warisan kebudayaan mereka sendiri kecuali sedikit sekali. Itupun dengan cara yang tidak intensif, mengenai hal-hal yang kurang bernilai, saling bertentangan lagi kelihatan buruk gambarannya. Sebab itu tidaklah aneh kalau kita jumpai kaum muslimin hidup sebagai orang asing di negerinya sendiri. Rupa mereka adalah rupa orang Arab muslim, sedang akal mereka adalah akal Eropah atau Amerika.

 Sumber-Sumber Islam Yang Murni

Adalah kewajiban pendidikan Ikhwanul Muslimin untuk menghadapi kesan-kesan dari kebodohan lama dan pembodohan baru: dan bekerja keras untuk meletakkan sistem yang sempurna untuk mencerdaskan “seorang muslim” berlandaskan pada sumber-sumber Islam yang murni, sebelum dikotori oleh penambahan atau pengurangan dengan menjauhi istilah-istilah mutakallimin, takalluf para sufi dan debat para fuqaha’. Oleh kerana itu Al Quran dan tafsirnya adalah sumber budaya yang pertama bagi Ikhwanul Muslimin, dengan ketentuan tafsir ulama salaf di dahulukan atas tafsir-tafsir lainnya. Sebab itu mereka bertumpu pada Tafsir Ibnu Katsir dan menjadikannya sebagai sumber utama. As-Sunnah adalah sumber kedua, dengan ketentuan mengenai ketulenannya dan syarahnya (penjelasannya) mereka harus berpegang pada imam-imam Hadith yang terpercaya.

 Imam Hasan Al-Banna pada prinsip kedua dari duapuluh prinsipnya: “Dan Al Qur-anul Karim dan Sunnah yang suci, kedua duanya adalah tempat kembali setiap muslimin untuk mengetahui hukum Islam. Al Qur-an difahami sesuai dengan kaedah bahasa Arab, tanpa ditarik-tarik dan dipaksa-paksakan pengertiannya; dan dalam pemahaman Sunnah dikembalikan kepada imam-imam Hadith yang thiqah.

Kerana itu Ikhwanul Muslimin mementingkan Ilmu Al Quran dan Ilmu Hadith dan menunjukkan perhatian pada sebahagian kitab Hadith, seperti “Riyadus Shalihin, susunan Imam An-Nawawi. Begitu pula mereka mementingkan Fiqh yang berdasarkan Hadith atau Sunnah (Fiqhus Sunnah) seperti mereka memberi perhatian pada sejarah Nabi, memahaminya dan menarik dari padanya pelajaran yang dapat dijadikan contoh terapan bagi Islam dan tafsir praktis bagi Al Quran.

 Memperdalam Aspek Pemikiran Dan Ilmiah

Ikhwanul Muslimin tidak mengabaikan Sejarah Islam dan riwayat para pahlawan, pemimpin, ulama dan para penganjur. Sistem pendidikan Ikhwanul Muslimin tidak melupakan garakan-gerakan dan kekuatan-kekuatan yang bermusuhan, baik berupa agama, pemikiran mahupun politik, Zionisme, Komunisme, Imperialisme, Zending, Marxisme, Bahaisme, Qadyanisme dan sebagainya. Tidaklah diragukan bahawa cabang-cabang dan pusat gerakan Ikhwanul Muslimin mempunyai usaha yang terus menerus di bidang ilmu dan penyebaran keislaman yang bersifat umum, sementara “keluarga-keluarga mereka” mengadakan pertemuan-pertemuan yang teratur bagi pendidikan akal.

Pendidikan ini telah mendatangkan hasil dalam lingkungan yang luas dari putera-putera Mesir. Akal mereka bebas dari belenggu wahana dan khurafat, mata mereka terbuka terhadap persoalan-persoalan yang dihadapi dunia Islam, ke luar dari lingkungan tanah air yang sempit ke dunia Islam yang luas dan melihat kebudayaan Islam yang kaya raya serta sumber-sumber pokoknya dengan pandangan yang tajam dan akal yang terbuka.

Mementingkan Perasaan Dan Berpidato

Jelas warna kebangsaan adalah dominan pada kebanyakan Anggota Ikhwanul Muslimin, demikian pula mementingkan perasaan dan berpidato secara umum, semenjak masa Mustafa Kamil dan Sa’ad Zaglul. Manusia pada waktu itu memerlukan kepekaan hati dan kesedaran jiwa, tidak ada golongan-golongan keyakinan yang bertentangan dengan pemikiran Islam seperti komunisme dan sebagainya, sibuknya perkumpulan itu menyiarkan dakwah dari satu segi dan tuntutan pengamalan dari segi lain serta penentangan terhadap pembatasan-pembatasan dan tekanan-tekanan yang dihadapkan kepadanya sejak masa-masa pertama.

Semua ini mempunyai pengaruh dalam pendalaman aspek pemikiran menurut kadar yang diharapkan pada kebanyakan anggota Ikhwanul Muslimin dan pada tertundanya kematangan kemampuan ilmiah sampai akhir tahun empat puluhan dan awal lima puluhan, ketika yang kecil telah menjadi pemuda, yang dewasa telah menjadi matang dan kemampuankemampuan terpendam telah menampakkan diri. Pada akhir hayatnya, Imam Hasan Al-Banna menyedari bahawa jama’ahnya perlu memperdalam aspek pemikiran dan ilmiah pada anggota-anggotanya dari satu segi dan menjelaskan aspek- aspek Islam dan tujuannya kepada selain anggota dari segi lain.

Lalu beliau menerbitkan majalah bulanan Asy-Syihab untuk mengisi kekosongan ini dan merealisikan tujuan tersebut. Majalah ini menggantikan majalah Al- Manar yang telah terhenti penerbitannya setelah pemimpinnya Sayid Rasyid Redha wafat. Tetapi kelahiran bayi yang diharapkan ini tidak sanggup terus hidup lebih dari lima jilid. Kebanyakan isinya ditulis oleh Hasan Al-Banna sendiri. Kemudian terjadi peristiwa Desember 1948 dan pada bulan Februari 1949 pemimpin majalah Asy-Syihab dibunuh orang.

Risalah dari Dr. Muhammad Badie’ Mursyid Am Ikhwanul Muslimin  - 1 April 2010

Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan para pengikutnya, Bahawa pemimpin di dalam Islam memiliki kedudukan yang tinggi bagi melaksanakan misi yang sangat besar dalam melayani bangsa dan rakyatnya, Nabi saw bersabda:

 إِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ

Seorang pemimpin adalah benteng, ikut berperang di belakang dan memberikan perlindungan dengannya”. (Muttafaqun alaih)

Hal ini dengan syarat pemimpin mestilah mempraktikkan keadilan di tengah bangsanya, menunaikan tanggungjawab dan amanahnya. Nabi saw bersabda:

إِنَّ أَحَبَّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَجْلِسًا إِمَامٌ عَادِلٌ وَأَبْغَضَ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ وَأَبْعَدَهُمْ مِنْهُ مَجْلِسًا إِمَامٌ جَائِرٌ
Sesungguhnya orang yang paling dicintai oleh Allah pada hari kiamat nanti dan paling dekat majlisnya denganku adalah pemimpin yang adil. Orang yang paling dibenci oleh Allah dan paling jauh majlisnya denganku adalah pemimpin yang zalim”. (Riwayat At-Tirmidzi).

 Apakah para penguasa dan pemimpin negara memerlukan seruan yang mengingatkan mereka tentang apa yang Islam telah perintahkan kepada mereka dalam melakukan persediaan untuk umat, menghentikan serangan musuh yang bertubi-tubi ke atas Islam dan tidak pernah berhenti?

  • Apakah para pemimpin bangsa memerlukan peringatan bahawa negara-negara Islam kita ketika ini berada di dalam penjajahan dan penguasaan yang terletak di bawah agenda sia-sia dan terkutuk Amerika dan Zionis dan usaha merendahkan kita dengan berbagai macam cara?
  • Apakah para pemimpin umat ini memerlukan orang yang sedia membantu menyedarkan mereka bahawa memberikan pertolongan kepada Masjid Al-Aqsa dan melindungi tempat-tempat suci Islam adalah satu kewajiban ke atas mereka sebelum habis waktunya?

Seorang pemimpin yang adil Umar bin Al-Khattab pernah mengutus surat kepada para pemimpin umat sambil mengingatkan:
أَمَّا بَعْدُ، فَإِنَّ أَسْعَدَ الْوُلاَةِ مَنْ سَعِدَتْ بِهِ رَعَيِتَّهُ، وَإِنَّ أَشْقَى الْوُلاَةِ مَنْ شَقِيَتْ بِهِ رَعِيَّتَهُ

Selanjutnya, bahawa sebaik-baik pemimpin atau orang yang paling bahagia adalah mereka yang mahu membahagiakan rakyatnya, dan orang yang paling sengsara atau pemimpin yang paling celaka adalah pemimpin yang menyengsarakan rakyatnya

Dengan neraca ini dapat dikiaskan tanggungjawab pemimpin, diseimbangkan dan dipenuhi dengan baik tuntutan rakyatnya dan difahami kehendak seluruh umat. Justeru, ketika ini seluruh bangsa dan umat menyedari bahawa kebaculan pemimpin adalah masalah kronik dan menjadi penyakit kritikal selepas menyaksikan bahana yang terjadi akibat pemimpin yang hanya mengadakan berbagai persidangan, muktamar dan seminar yang hanya mampu menyuarakan kutukan dan kecaman kepada musuh.

Inilah yang membuatkan musuh umat tidak bimbang hukuman di atas jenayah yang mereka lakukan, tidak peduli dengan sesiapa sehingga membuatkan rakyat merasa bosan dan kecewa dengan sikap mengalah yang terus dipamerkan oleh para pemimpin Islam dalam menghadapi pencerobohan, pendudukan atau pengepungan regim Zionis atau percubaan menghentikan keganasan dan kekejaman para penjajah terhadap tempat-tempat suci umat Islam;

  • Sampai bilakah para pemimpin sedar untuk segera melaksanakan tugas dan peranan mereka?
  • Sampai bilakah mereka mahu menyedari bahawa tindakan yang dituntut dan sangat diperlukan daripada mereka adalah: menjalin solidariti dan kesatuan, meninggalkan pergolakan dan perpecahan yang mencerai-beraikan kesepakatan mereka, sedangkan seruan Allah sangatlah jelas dalam FirmanNya:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara”. (Ali-Imran: 103).

Sesungguhnya pemimpin Islam yang mengetuai 1.5 billion jiwa sebenarnya berupaya menghadapi hanya beberapa juta warga Yahudi yang telah mengotori tempat-tempat suci kita. Begitu juga sebenarnya mereka mampu mencapai kemenangan yang diidamkan khasnya kerana di tangan mereka memiliki sumber kekayaan yang tersimpan di negara kita dan sebenarnya mereka yang mengendali kemudinya.

Sesungguhnya pemimpin bagi “bangsa yang tidak dipedulikan”, sebenarnya mampu untuk terus berdiri dan teguh dalam kebenaran, cekal melawan penjajahan dan menolak pencabulan. Mereka mampu mempamerkan tentangan sengit untuk menghentikan pencerobohan Zionis dan menjadi pelindung bagi rakyat mereka.Sesungguhnya pemimpin bagi “bangsa yang Allah telah tetapkan kemuliaan” sebenarnya mampu menyelamatkan para tahanan wanita Islam di penjara Zionis, di mana mereka menjerit dan menangis memohon pertolongan dan menyeru pemimpin supaya menamatkan sebarang penghinaan dan kecelaan.

Wahai para pemimpin umat ini ..

Semoga Allah mencurahkan rahmat kepada Hasan al-Basri yang menjelaskan perwatakan pemimpin yang adil sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh Allah, beliau berkata:

Allah telah menjadikan pemimpin yang adil sebagai penegak keadilan setiapkali berlaku penyimpangan, penunjuk setiap kali berlaku pencabulan, pembaikpulih setiap kali berlaku kerosakan, penguat bagi yang lemah, pembela kepada orang yang tertindas, pemberi keamanan bagi siapa yang memerlukan. Dia adalah penegak kebenaran di hadapan Allah dan hamba-hamba-Nya, mendengar Firman Allah dan Allah sentiasa mendengar rintihan mereka, mereka melihat Allah dan Allah akan sentiasa melihat mereka, mereka memimpin umat kepada Allah dan Allah akan sentiasa memimpin mereka. Dialah yang mengadili umat tanpa menghukum dengan undang-undang jahiliyah dan tidak mengikuti jalan orang-orang yang zalim serta tidak bertindak seperti penguasa angkuh yang menindas golongan yang lemah (tertindas)” (Al-Aqdul Farid)

Wahai para pemimpin umat Islam ..

- Islam yang kamu anuti, telah mengingatkan bahawa keadaan umat akan berjalan lurus dan betul hanya melalui jalan jihad. Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمْ انفِرُوا فِي سَبِيلِ اللهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الأَرْضِ أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنْ الآخِرَةِ

Hai orang-orang yang beriman, Apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat?”. (At-Taubah:38)
Justeru kebangkitan, ketinggian dan kemuliaan kita bergantung kepada keteguhan jalan jihad. Tujuan mulia ini tidak akan tercapai melainkan dengan jalan perjuangan dan pertempuran yang disokong dengan seluruh apa yang kita miliki seperti harta benda, senjata, media, jiwa dan barang berharga lainnya.

- Ketahuilah bahawa rakyat sentiasa memperhatikan kebaikan kamu dan tindak tanduk kamu. Oleh itu itu janganlah kamu kecewakan harapan mereka. Kamu sebenarnya berada di kedudukan yang teragung dalam melakukan jualbeli dengan Allah.Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ. تُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui”. (As-Shaff:10-11)
- Lihatlah kepada pemimpin umat Islam yang telah melakarkan sejarah kegemilangan. Mereka telah menolak penghinaan dan kecelaan, seperti yang dilakukan oleh panglima tentera Salahuddin Al-Ayubi setelah tentara Salib melakukan kerosakan dan pembunuhan ke atas umat Islam selama 90 tahun lamanya, dan mereka yang telah mengusir pasukan Tartar yang dipimpin oleh Saifuddin Qutz, setelah empat tahun lamanya mereka melakukan kehancuran terhadap bumi umat Islam.

- Dalam sejarah kita baru-baru ini, telah wujud tanda kekuasaan Allah apabila kemenangan berlaku pada tarikh 10 Ramadhan, sebagai bukti bahawa kemenangan pasti akan tercapai jika kita mahu melakukan berbagai usaha sebagai penyebab datangnya kemenangan tersebut, dan hal itu tersedia dalam tubuh umat kita. Mengapa kita merasa rendah diri dan mengalah? Kenapa kita menerima langkah ke belakang, di hadapan musuh yang memang terbukti selalu lari kerana takut kepada keteguhan orang-orang yang beriman, Allah berfirman:

لا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلاَّ فِي قُرًى مُحَصَّنَةٍ أَوْ مِنْ وَرَاءِ جُدُرٍ بَأْسُهُمْ بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّى ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لا يَعْقِلُونَ

Mereka tidak akan memerangi kamu dalam Keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah. yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti”. (Al-Hasyr:14)
Tugas dan Kewajiban kamu wahai pemimpin umat hari ini…

  • Menghentikan perundingan yang sia-sia baik secara langsung atau tidak langsung dan menyokong semua bentuk perjuangan untuk membebaskan setiap inci dari bumi yang dicerobohi oleh musuh baik di Palestin, Iraq, Afghanistan dan seluruh dunia Islam.
  • Sumber rujukan kamu seperti yang disepakati oleh para ulama adalah Al-Qur’an dan Sunnah, dan bukan Resolusi PBB atau arahan Zionis dan Amerika. Justeru untuk mencapai tujuan ini adalah dengan mengumumkan bahawa isu Palestin dan isu-isu pencerobohan ke atas negara-negara Islam adalah isu utama bagi kamu.
  • Menyokong rakyat dan warga kamu yang merdeka melalui organisasi dan pertubuhannya yang menuntut berkali-kali agar: memboikot, menghentikan hubungan dengan musuh, menyokong perjuangan dan para pejuangnya, dan memberikan kebenaran kepada warganya yang mahu menyelamatkan dan membela Al-Aqsa, prihatin dengan tempat-tempat suci ini, tidak melakukan penangkapan dengan alasan mereka membela Al-Aqsa, dan segera membebaskan pihak yang menyuarakan kemarahan mereka yang terdiri daripada pelbagai golongan seperti golongan profesioanl, mahasiswa, buruh, dan orang-orang biasa yang ditangkap baru-baru ini, atau yang akan datang seperti ungkapan salah seorang pemimpin Arab: “Pasukan kami siap untuk menindas bangsa kami”,
  • Renungkanlah apa yang ditulis oleh Khalifah Ali bin Abi Talib, kepada penguasa Mesir:“Jadikanlah khazanah yang paling anda sayangi adalah amal salih, dan saya merasa hati anda penuh kasih terhadap rakyat dan melimpahkan kebaikan kepada mereka, janganlah kamu seperti binatang buas yang memakan dengan lahap mangsanya.”
  • Membatalkan semua perjanjian damai. Ini kerana serangan Zionis sering berulang dan berulang dan kekejaman mereka terhadap Al-Quds sentiasa berterusan. Menghentikan pelbagai perjanjian lampau kerana mereka terus melakukan pencabulan terhadap kedaulatan negara dan bangsa kita, terutama perjanjian ” Camp David,” yang disifatkan oleh Menteri Luar Negeri Mesir pada waktu itu: “sebagai penyembelihan terancang”, lantas beliau meletakkan jawatannya sebagai tanda protes. Pengamal undang-undang menyifatkan Perjanjian “ Camp David ” yang ditandatangani pada 26 Mac 1979 merupakan pelanggaran terhadap Perlembagaan Mesir dan pelanggaran terhadap resolusi PBB.

Oleh kerana itu, para pegawai kerajaan Mesir tidak wajar melaksanakan kandungan perjanjian itu. Tambahan pula menurut pendedahan perwakilan Mesir bahwa persetujuan tersebut bertentangan dengan persetujuan “Vienna” yang berkaitan dengan perjanjian antarabangsa pada perkara 35 yang menegaskan: “Setiap perjanjian akan terbatal jika terdapat pelanggaran norma-norma hukum antarabangsa. Perjanjian Camp David telah melanggar semua dokumen dan fakta prinsip-prinsip hukum dan norma-normanya”.Di samping itu setengah penganalisis politik berpandangan: “Fakta bahawa persetujuan ini tidak menyebut tempoh waktu secara tepat juga bertentangan dengan prinsip hukum dan norma, kerana setiap persetujuan mesti ada tempoh semakan atau tempoh tamat dengan sendirinya setelah perjanjian itu berjalan selama 30 tahun”.

Wahai pemimpin bangsa dan umat Islam…

  • Bagaimanakah kamu menilai bangsa dan wilayahnya yang sedang diceroboh?
  • Bagaimana kamu membenarkan tindakan musuh, sedangkan mereka mengotori tempat-tempat suci kamu?
  • Apakah ada perubahan pada Netanyahu ketika mengumumkan dengan penuh keangkuhan Masjid Ibrahimi sebagai sebahagian warisan Yahudi, bekerja keras untuk menghancurkan Al-Aqsa dan menodai Tanah Suci dengan membina kuil yang didakwa telah musnah satu ketika dahulu – yang merupakan puncak pembangunan lebih daripada 61 rumah ibadat Yahudi yang lain – , menghalang orang-orang Islam yang ingin menunaikan solat dari memasuki masjid Al-Aqsa dan membunuhi rakyat Palestin dengan peluru hidup? Baru-baru ini beliau menyatakan: “bahwa pembangunan di Al-Quds sama seperti pembangunan di Tel Aviv, kerana Al-Quds adalah ibunegara Israel.”
  • Adakah perubahan pada Obama ketika meluahkan kata-kata manisnya – di ibunegeri kita – untuk mengirim lebih ramai tentara AS di Afghanistan. Bahkan semasa kunjungan yang terakhir beliau merestui untuk mengekalkan pencerobohan, memberikan bantuan berbentuk kebendaan dan moral kepada Yahudi dan secara terang-terangan menyokong dan membantu aktiviti penindasan dan kerosakan di dunia Arab dan dunia Islam?

Akhirnya ..

Ini adalah peringatan dan doa daripada Rasulullah saw kepada setiap pemimpin yang mengenepikan prinsip keadilan dan kebenaran, gemar memilih kezaliman dan penindasan terhadap rakyatnya yang kami lihat melanggar perintah Allah dan Rasul-Nya, bersikap keras terhadap orang-orang beriman dan para mujahidin sedangkan mereka berlembut dengan para musuh Zionis dan mata-mata mereka.
Doa Nabi saw adalah:
اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ وَمَنْ شَقَّ عَلَيْهِمْ فَشُقَّ عَلَيْهِ

Ya Allah, barangsiapa yang menjadi pemimpin dari umatku lalu lembut dan berkasih sayang maka berilah kasih sayang kepadanya, dan barangsiapa yang menjadi pemimpin dari umatku lalu melakukan perpecahan maka pecahkanlah atasnya” (Musnad Ahmad) doa ini pasti dimakbulkan Allah. Insya Allah.
- Mengapa kamu mesti bacul bila berhadapan pencabulan Zionis dan kekuasaan AS dengan dalih kepentingan?

- Mengapa terjadi persengketaan antara kamu dengan bangsa dan rakyat kamu serta kepentingan negara kamu yang mengancam keamanan negara dan melenyapkan kedaulatan kita?

- Mengapa kamu tidak melindungi pasukan pejuang semasa berhadapan musuh penceroboh, padahal mereka sedikitpun tidak menentang kamu atau menentang pemerintahan kamu?

- Mengapa kamu tidak bersatu untuk melawan musuh Zionis dan mengumumkan dengan kekuatan yang kamu miliki: Tidak ada jalan untuk menyerah atas nama rundingan?

- Mengapa kamu tidak memberikan dorongan kepada rakyat dan bangsa kamu serta badan bantuan sosial – untuk menolong pasukan pejuang – dalam mengiatkan dan meneruskan misinya?
Ya Allah aku telah menyampaikannya, ya Allah saksikanlah.
Artikel asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=62755&SecID=213

Dr. Yusuf al Qaradhawi

Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al Qur’an) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya; sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan akan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal soleh, bahwa mereka akan mendapat pembalasan yang baik, mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.” ( Al Kahfi: 1-3)

Salawat serta salam bagi Nabi yang mu’jizatnya Al Qur’an, imamnya Al Qur’an, akhlaqnya Al Qur’an, dan penghias dadanya, cahaya hatinya juga penghilang kesedihannya adalah Al Qur’an: Nabi Muhammad bin Abdullah, dan keluarganya serta para sahabatnya, yang beriman dengannya, mendukung dan membantunya, serta mengikuti cahaya yang diturunkan kepadaanya, mereka adalah orang-orang yang beruntung, dan seluruh orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari kiamat. Amma ba’du:

 Rabb kita telah memberikan kemuliaan kepada kita –sebagai kaum Muslimin– dengan menganugerahkan kitab suci yang terbaik yang diturunkan kepada manusia. Rabb kita juga, telah memuliakan kita dengan mengutus nabi yang terbaik yang pernah diutus kepada manusia. Sesuai firman Allah SWT: “Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kamu sebuah kitab yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemuliaan bagimu. Maka apakah kamu tiada memahaminya?” (Al Anbiyaa: 10).

Kitalah, kaum muslimin, satu-satunya umat yang memiliki manuskrip langit yang paling autentik, yang mengandung firman-firman Allah SWT yang terakhir, yang diberikan untuk menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan anugerah itu terus terpelihara dari perubahan dan pemalsuan kata maupun makna. Kerana Allah SWT. telah menjamin untuk memeliharanya, dan tidak dibebankan tugas itu kepada siapapun dari sekalian makhluk-Nya: “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur’an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Al Hijr: 9).

Al Qur’an adalah kitab Ilahi seratus peratus: “(Inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu.” (Huud: 1)

Dan sesungguhnya Al Qur’an itu adalah kitab yang mulia. Yang tidak datang kepadanya (Al Qur’an) kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.” ( Fush-shilat: 41-42)

Tidak ada di dunia ini, suatu kitab, baik itu kitab agama atau kitab biasa, yang terjaga dari perubahan dan pemalsuan, kecuali Al Qur’an. Tidak ada seorangpun yang dapat menambah atau mengurangi satu huruf-pun darinya. Ayat-ayatnya dibaca, didengarkan, dihapal dan dijelaskan, sebagaimana bentuknya saat diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad Saw, dengan perantaraan ruh yang terpercaya (Jibril).

Al Quran berisikan seratus empat belas surah. Seluruhnya dimulai dengan basmalah (bismillahir rahmanirrahim). Kecuali satu surah saja, yaitu surah at Taubah. Ia tidak dimulai dengan basmalah. Dan tidak ada seorang pun yang berani untuk menambahkan basmalah ini pada surah at Taubah, baik dengan tulisan atau bacaan. Kerana, dalam masalah Al Qur’an ini, tidak ada tempat bagi akal untuk campur tangan. Perhatian kaum muslimin terhadap Al Quran sedemikian besarnya, hingga mereka juga menghitung ayat-ayatnya –bahkan kata-katanya, dan malah huruf-hurufnya–. Maka bagaimana mungkin seseorang dapat menambah atau mengurangi suatu kitab yang dihitung kata-kata dan huruf-hurufnya itu?!

Ustaz Tajul Arifin – http://abuamru1208.blogspot.com/

Pertengahan tahun lepas banyak peristiwa berlaku. Beberapa tulisan, komentar, tuduh menuduh banyak juga berlaku di dalam dan di luar sof. Semua itu telah memberi gambaran yang amat jelas kepada sesetengah pihak terhadap mafhum tabiat amal dan hadaf dalam Jamaah Ikhwan. Sekalipun berlaku beberapa keterlaluan dalam komentar yang dikemukakan daripada mereka yang berkepentingan, saya menganggap ia termasuk di dalam bab ‘..jangan kamu menyangka ia buruk bagi kamu, bahkan ia sebenarnya baik bagi kamu..’. Kemudian saya telah membaca sebahagian komentar ke atas tulisan al-akh Dr Muhammadd Abd Rahman, lalu saya mengambil keputusan untuk bersama, menulis tentang beberapa noktah penting berkenaan ‘Thawabit dan Mutaghayyirat dalam Jamaah Ikhwan’ untuk tatapan semua berdasarkan kefahaman dan pengalaman saya yang tidak seberapa ini; semoga ia (point-point penting) menjadi huraian kepada tulisan guru dan syeikh kami Ustaz Jum’ah Amin yang telah menulis tentang tajuk ini. Semoga ia menjadi permulaan yang berguna untuk memperdalamkan kefahaman, menghilangkan kekeliruan dan menjelaskan kekusutan, mudah-mudahan Allah swt menerima amalan kita semua.

Takrif Thawabit dan Mutaghayyirat:
Thawabit: ialah asas-asas, qaedah-qaedah dan usul syar’iyyah, diikuti fikriyyah, da’awiyyah, harakiyyah dan tanzimiyyah yg mewajibkan Jamaah beriltizam dengannya (pemimpin dan pengikut). Sekiranya sebahagian daripadanya tidak dipatuhi (tanpa hajat mendesak atau maslahat yang wajar berdasarkan keputusan Qiadah), maka ia dikira sebagai pembatalan terhadap bai’ah kepada Ikhwan -fikrah, harakah dan tanzimnya-.
Mutaghayyirat: ialah pendirian-pendirian, keputusan-keputusan dan pandangan-pandangan, pekeliling, undang-undang dan wasilah-wasilah yang boleh berubah berdasarkan situasi tanpa bertentangan dengan thawabit.

Kepentingan Thawabit dan Mutaghayyirat:

Kedua-duanya penting untuk memahami visi yang menyeluruh, memahami jalan dakwah tanpa keterlaluan atau kebekuan. Thawabit dapat memelihara usul dalam Islam, keaslian dakwah beserta prinsip, objektif dan kelangsungannya hingga terpelihara Jamaah dari kecacatan dan penyelewengan dgn izin Allah swt. Mutaghayyirat membantu Jamaah beroperasi secara berterusan, dapat menyesuaikan diri dgn realiti dan mampu melakukan perubahan berdasarkan situasi tanpa cacat, menyeleweng atau jumud. Thawabit dalam Islam itulah sebenarnya thawabit bagi Jamaah. Ditambah kepadanya apa yang dapat dimestikan jamaah memilikinya untuk mencapai objektifnya, memelihara kesejahteraan perjalanan dan kejelasan jalannya. Pada dasarnya semua muslimin bersatu di atas thawabit Islam (jamaah dan individu). Jangan disamakan thawabit syar’iyyah (Islam) dgn thawabit tanzim dan harakah sekalipun seorang al-akh itu wajib beriltizam pada kedua-duanya ketika melafazkan bai’ahnya kepada jamaah.

Thawabit dan Mutaghayyirat dalam Jamaah

1. Dakwah Ikhwan adalah Islam tulen pada matlamat dan wasilah-wasilahnya. Ia tiada kaitan kepada yang selain Islam..itu adalah daripada thawabit.

2. Dalam bab aqidah: aqidah ahlis sunnah wal jamaah, kemudian risalatul aqaid dan usul yg berkaitan dgn aqaid di dalam usul 20 juga adalah daripada thawabit. Adapun mutaghayyirat ialah isu-isu khilafiah antara ulama’ mu’tabar ditangani dgn bijaksana melalui perbincangan tanpa menimbulkan tohmahan, perbalahan dan perpecahan. Ia hendaklah diasaskan di atas keterbukaan dan ukhuwwah.

3. Di dalam bab fiqah dan kefahaman: usul 20, rasail Imam Al-Banna,beriltizam dgn pilihan jamaah terhadap feqah adalah juga daripada thawabit jamaah (antaranya memilih syura adalah mulzim bagi pemimpin, menyempitkan dlm masalah mengeluarkan hukum yg berkait aqidah muslimin spt takfir…).Contoh mutaghayyirat dlm isu khilafiah fiqah (kebebasan kpd individu ialah khilaf dlm masalah ibadat, cara berpakaian dan urusan peribadi)…kita beriltizam padanya dgn adab berkhilaf.

4. Syumul di dalam kefahaman, harakah,tarbiyah dan objektif adalah juga daripada thawabit jamaah. Sementara mutaghayyirat pula ialah mendahulu atau menta’khirkan sesuatu bersesuaian dgn situasi dan keperluan, mengubah keutamaan tertentu bersesuaian dgn realiti tanpa mengabaikan kesyumulan dan mengingkarinya.

5. Wajib bekerja secara kolektif untuk mengembalikan khilafah: ia merupakan antara sebab wujudnya jamaah, objektif utama kepada jamaah dan daripada thawabit bagi jamaah.

6. Wajib berhukum dgn hukum Islam dan melaksanakan syariatnya: Hukum-hakam termasuk di dalam kategori aqidah dan usul di dalam kitab-kitab feqah. Ikhwan menjadikan fikrah mengembalikan khilafah dan berusaha ke arahnya sebagai manhajnya yg terpenting (dgn mengambilkira keperluan didahului oleh langkah-langkah secara bertertib sebelum mendirikan khilafah). Adapun menentukan waktu dan method bersesuaian dgn realiti dalaman atau luaran adalah daripada mutaghayyirat.

7. Sepuluh Rukun Bai’ah: Semua anggota jamaah mesti beriltizam dengannya, ia juga daripada thawabit Ikhwan.

8. Beransur-ansur dalam mengorak langkah: Antaranya bertahap-tahap dalam perjalanan dakwah, menolak menggunakan kekuatan sebagai manhaj bagi dakwah atau dengan kata lain menolak perubahan dengan jalan kekerasan, memperteguhkan tarbiyah secara berterusan bagi individu jamaah, memperluas dan memajukan dakwah berkadar berdasarkan kemampuan jamaah (kuantiti dan kualiti melalui tajmi’ dan tarbiyah), nisbah kerahsiaan (merahsiakan sebahagian pendeatilan amal sesuai mustawa individu) dan keterbukaan dan pembahagiannya sesuai dgn realiti dan situasi…semua itu adalah thawabit. Adapun menentukan bilangan marhalah, ciri-ciri setiap marhalah, tempohnya dan menentukan tempoh akhirnya adalah daripada mutaghayyirat.

9. Kepimpinan berhak menentukan siyasah dan pendirian jamaah. Begitu juga mereka berhak menentukan kepentingan dan maslahat dakwah sesuai dgn realiti atau andaian yg bakal berlaku, mendahulukan maslahat lebih besar dan mengelak dari kerosakan lebih besar adalah daripada thawabit.

10. Kepentingan dan maslahat dakwah adalah dua perkara yang termasuk dalam pelaksanaan operasi kepada harakah dakwah. Ia bukan perkara aqidah, usul faham dan objektif keseluruhan… itu juga daripada thawabit.

11. Syura adalah mulzimah: Ia adalah pilihan fiqah bagi jamaah (majlis syura adalah kepimpinan tertinggi bagi jamaah)…ia juga adalah thawabit. Adapun bentuk dan tatacara pemilihan anggota, pelaksanaannya, korum dan lain-lain berkaitan syura ialah daripada mutaghayyirat yang boleh berubah berdasarkan keperluan dan situasi.

 12. Jauh dari penguasaan pembesar-pembesar (penguasa) pertubuhan dan parti-parti adalah daripada thawabit jamaah. Adapun cara berinteraksi dgn mereka yg berkenaan terletak di bawah kaedah dhorurah dan maslahat demi kesatuan ummat dan ia termasuk daripada mutaghayyirat.

13. Nama Ikhwan Muslimin: Ia adalah bendera bagi fikrah, harakah dan sejarah. Tidak wajar merahsiakannya kecuali di kala dhorurah atau maslahat. Jamaah perlu mengiklankan nama, kewujudan dan pendiriannya paling tidak bagi cawangan besarnya…itu adalah daripada thawabit. Adapun wujud sesetengah wajihah yg tidak jelas dari segi namanya dgn sebab tertentu mengikut pandangan kepimpinan semasa adalah daripada mutaghayyirat.

14. Tarbiyyah: Individu mukmin, mujahid, berdisiplin serta memiliki kesedaran adalah asas penting untuk mencapai objektif jamaah. Pentarbiyahannya mestilah mempunyai elemen syumul, mendalam dan berterusan. Usrah adalah unit terpenting bagi tarbiyyah. Amal dan pengorbanan adalah salah satu juzu’ terpenting untuk mentarbiyyah al-akh…semua itu adalah thawabit bagi jamaah. Adapun pendetailan terhadap manhaj, mengubah wasilah dan menukarnya dgn yg lain adalah termasuk daripada mutaghayyirat berdasarkan keperluan semasa.

15. Manhaj Taghyir: dakwah, tarbiyyah, bersama masyarakat, mengikuti perkembangan semasa politik sebagai persediaan untuk mendapat dokongan massa yg akhirnya menegakkan Islam untuk mencorakkan kehidupannya, tertib kekuatan; pertamanya kekuatan Iman, kemudian kekuatan kesatuan dan ukhuwwah, diakhiri kekuatan persenjataan adalah daripada thawabit. Adapun mutaghayyirat ialah wasilah-wasilah dan kadar fokus yg ditekankan serta kepelbagaian method…

16. Tanzim: Kemestian beriltizam dgn undang-undang dan pekeliling jamaah, wajib beriltizam dgn rukun-rukun bai’ah, wajib beriltizam dgn pendirian dan keputusan-keputusan qiadah (syura, maktab irsyad dan mursyid) adalah daripada thawabit tanzimiyah bagi jamaah. Adapun kandungan undang-undang atau pekeliling serta pendetailannya adalah daripada mutaghayyirat.

17. Dakwah: Asas kepada amal bagi jamaah ini adalah dakwah kepada Allah swt, seruan kepada Islam dan berusaha menegakkan khilafah…itu adalah juga thawabit.

18. Universal (alamiyyah): Perbatasan dan negara-negara adalah satu juzu’ daripada keseluruhan. Semua negara berkenaan berperanan menurut visi dan objektif menyeluruh. Tidak sepatutnya berlaku asobiyyah dan perlumbaan yg dicela….itu adalah thawabit. Adapun setiap tempat menentukan sesuatu berdasarkan suasana dan realitinya itu adalah daripada mutaghayyirat.

19. Jamaah lebih besar daripada wajihah (wadah) dan ia yang mengontrolnya: Jamaah adalah asas, semua institusi-institusi, parti dan pertubuhan-pertubuhan menjadi wadah kepada jamaah serta tunduk di bawah arahan dan kehendaknya….itu adalah thawabit. Adapun objektif, peranan, kuasa serta perjalanan kerja bagi semua wadah tersebut adalah daripada mutaghayyirat.

20. Hubungan dengan orang lain di kalangan muslimin: Ia diikat oleh kaedah-kaedah tertentu. Yang terpenting adalah menyatukan bukan memecahkan, jauh dari isu-isu khilaf, bekerjasama di atas kebaikan dan taqwa, tidak berkompromi dgn puak-puak bid’ah atau sesat, berusaha melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar….ialah daripada thawabit.

21. Hubungan dengan non muslim: Diikat oleh kaedah-kaedah… iaitu ‘bagi mereka apa yang kita perolehi dan mereka juga bertanggungjawab sama seperti kita juga’, kebaikan dan keadilan kepada mereka yang tidak memerangi Islam atau berkonspirasi ke atas Islam, tidak berwala’ kpd mereka, tidak bermuka-muka dgn mereka atas kepentigan Islam…itu adalah daripada thawabit..

[Temubual wartawan Utusan Malaysia bersama Pengarah PACE : 16 Mac 2010]

Penduduk berhaluan kiri Israel, Islam Palestin dan aktivis keamanan asing mengadakan demonstrasi ekoran insiden seorang aktivis dirempuh jentolak Israel semasa tunjuk perasaan di Gaza pada 2003.  TIDAK pernah berlaku dalam sejarah, sesebuah negara dikepung dan dikenakan sekatan ekonomi yang berlarutan lebih tiga tahun kecuali Palestin. Inilah sikap sebenar Israel dan konco-konconya terutama payung utamanya Amerika Syarikat (AS) yang kononnya sentiasa memperjuangkan hak kebebasan dalam demokrasi.

Malangnya, kekejaman dan penindasan zionis ke atas rakyat Palestin ini seolah-olah ‘disapu ke bawah karpet’. Sehinggakan nyawa manusia yang tidak berdosa bagaikan tidak berharga. Sekatan ekonomi yang dikenakan pula menyebabkan 80 peratus rakyat Palestin kehilangan pekerjaan. Sekali gus menambah sengsara rakyat Palestin dikepung di ‘neraka dunia’ itu.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (Pace), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor bagi mengupas isu ini.

Mega: Perjuangan umat Islam untuk membantu Palestin sudah berlaku lebih 60 tahun. Namun sehingga hari ini belum nampak hasil yang konkrit. Adakah ini bermakna kita telah gagal?

DR. HAFIDZI: Perjuangan untuk membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan memang memakan masa yang lama. Sejarah menunjukkan ada perjuangan yang memakan masa sehingga ratusan tahun sebelum sesebuah negara yang terjajah memperoleh kemerdekaan. Begitu juga perjuangan yang berlaku di Palestin pada hari ini. Bahkan bukan sekali ini Palestin dijajah. Kira-kira 1,000 tahun yang silam, bumi Palestin pernah dikuasai oleh tentera Salib dan pendudukan tentera Salibiah berlangsung selama 100 tahun (1090 sehingga 1187) sehinggalah bumi Palestin dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayubbi.

Meskipun perjuangan di Palestin kini sudah memasuki tahun yang ke 62 (jika dikira dari tarikh penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948) namun untuk menganggap perjuangan ini belum mencapai hasil yang konkrit tidak begitu tepat. Ini kerana perjuangan yang dipelopori oleh rakyat Palestin semenjak enam dasawarsa lalu telah berjaya mematahkan cita-cita Israel untuk meluaskan jajahan takluknya sebagaimana yang diimpikan melalui agenda Israel raya (Eretz Israel) yang menganjur dari Sungai Nil di Mesir sehingga Sungai Furat di Iraq. Bahkan kita menyaksikan jajahan takluk Israel semakin mengecil.

Bermula dengan pemulangan Semenanjung Sinai kepada Mesir pada tahun 1981, pengunduran tentera Israel dari Selatan Lebanon pada tahun 2000. Pengunduran Israel dari Gaza (2005) meskipun kemudiannya mereka mengenakan kepungan ke atas Gaza dan penyerahan sebahagian kecil dari wilayah di Tebing Barat berdasarkan perjanjian Oslo kepada pihak berkuasa Palestin (meskipun kuasa tersebut terbatas pada kuasa sivil dan bukan aspek keselamatan) .

Semua ini menjadi kenyataan kerana semangat juang rakyat Palestin yang tidak pernah luntur untuk memerdekakan tanah air mereka. Satu lagi perkembangan menarik mengenai perjuangan pembebasan Palestin ialah pendapat umum masyarakat antarabangsa kini semakin memihak kepada perjuangan rakyat Palestin. Sehingga tahun 2000 (dengan tercetusnya Intifadah al-Aqsa) masyarakat antarabangsa khususnya barat memandang serong kepada perjuangan rakyat Palestin.

Mereka sentiasa menyokong Israel yang kononnya menjadi mangsa kepada ancaman keganasan rakyat Palestin. Tetapi kini seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan media baru, masyarakat antarabangsa mula terdedah kepada realiti sebenar perjuangan rakyat Palestin. Sikap prejudis kini beransur-ansur bertukar kepada simpati dan akhirnya menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah air mereka. Israel kini mula mendapat kritikan dan cemuhan terutama daripada masyarakat barat yang peka dengan hak asasi manusia dan prinsip undang-undang antarabangsa. Rakyat Palestin kini dianggap sebagai mangsa yang perlu dibela daripada kekejaman rejim zionis Israel. Perkembangan ini juga terhasil daripada strategi jaringan antarabangsa yang dibangunkan oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sama ada di dalam dan di luar Palestin untuk menyebarluaskan kesedaran dan sokongan terhadap rakyat Palestin yang tertindas dan dinafikan hak di tanah air mereka sendiri.

Kesimpulannya, rakyat Palestin tidak gagal, bahkan mencipta kemenangan demi kemenangan dalam konflik yang berpanjangan ini.

Pada 9 Mac lalu, Israel luluskan 1,600 penempatan baru pendatang haram Yahudi di timur Baitul Maqdis. Tindakan ini membuktikan rejim zionis itu hanya berpura-pura untuk merealisasi proses damai. Apa komen Dr.?

DR. HAFIDZI: Ini langsung tidak memeranjatkan. Sebenarnya Israel sama sekali tidak akan menyerahkan Baitul Maqdis timur dan Tebing Barat yang mereka duduki sejak tahun 1967.

Tebing Barat dirujuk sebagai ‘Judea’ dan ‘Samaria’ oleh orang-orang Yahudi dan Jerusalem pula telah diistiharkan sebagai ibu kota abadi Israel. Oleh kerana itu mereka tidak akan menghentikan projek membina penempatan untuk penduduk Yahudi di sana. Segala komitmen untuk membekukan aktiviti pembinaan penempatan Yahudi adalah omong kosong zionis Israel yang dijadikan umpan setiap kali berlangsungnya rundingan damai.

Hakikatnya Israel tidak pernah menghormati mana-mana syarat rundingan dengan pihak berkuasa Palestin termasuk dalam isu penempatan Yahudi. Bahkan selepas perjanjian Oslo pada tahun 1993, Israel terus giat membina penempatan tambahan Yahudi sehingga jumlahnya meningkat lebih daripada sekali ganda mencapai 200 kawasan menjelang tahun 2000. Sedangkan menurut penjanjian Oslo, dalam tempoh lima tahun (1998) negara Palestin yang terdiri dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza akan diisytiharkan sebagai wilayah Palestin yang berdaulat dan merdeka.

Bagaimana ini menjadi kenyataan jika Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur dipenuhi dengan penempatan Yahudi yang merupakan penduduk Israel?

Situasi yang sama berlaku semasa Persidangan Annapolis pada 27 Disember 2007 di mana delegasi Israel berjanji akan menghentikan aktiviti penempatan Yahudi. Namun sejurus selesai persidangan itu, pengumuman rasmi dibuat oleh Tel Aviv, mereka akan meneruskan aktiviti membina penempatan Yahudi. Apabila Benjamin Netanyahu dipilih sebagai Perdana Menteri Israel antara langkah pertama yang beliau umumkan ialah penambahan unit-unit kediaman Yahudi di Tebing Barat dan Baitul Maqdis.

Mempamerkan kekuatan ketenteraan terbaru iaitu pesawat tanpa pemandu Israel yang boleh terbang sepanjang hari pada 22 Februari lalu, disifatkan antara perang saraf zionis kepada rakyat Palestin. Mungkinkah lebih banyak serangan ke atas penempatan awam Palestin selepas ini?

DR. HAFIDZI: Serangan ke atas sasaran awam tidak pernah berhenti semenjak tahun 1967. Israel sama sekali tidak akan mengubah polisinya menyerang tempat-tempat awam tanpa mempedulikan peraturan dan undang-undang antarabangsa.

Dalam banyak kejadian Israel tidak pernah mengisytiharkan perang bahkan melancarkan peperangan melalui pengisytiharan sepihak. Kini mereka menggunakan pesawat tanpa pemandu predator untuk memilih sasaran-sasaran rawak di Palestin. Kehadiran predator yang berlegar-legar di ruang angkasa Palestin sudah tentu merupakan satu gambaran yang menakutkan rakyat Palestin.

Bahkan senjata kawalan jauh ini seringkali tidak disedari kehadirannya kerana tidak mengeluarkan bunyi dan ditalakan kepada sasaran secara mendadak. Situasi ini boleh menjadi alat perang saraf yang berkesan kepada Israel. Namun hidup dalam ketakutan sudah menjadi semacam sebahagian dari kehidupan rakyat Palestin. Kehadiran pesawat pejuang F16 atau helikopter Apache di ruang udara sudah cukup menggoncang dada. Adakalanya bangunan-bangunan menjadi sasaran bedilan meriam dan kereta kebal pada saat-saat yang tidak diduga.

Semua ini sudah menjadi pakaian hidup rakyat Palestin. Saya kira kehadiran pesawat kawalan jauh ‘predator’ ini adalah sebahagian daripada perancangan Israel untuk terus menimbulkan kesan psikologi takut yang melampau kepada rakyat Palestin. Namun sebagai rakyat yang sudah terdedah kepada semua bentuk kekejaman dan keganasan, kehadiran predator adalah satu realiti baru yang akan dihadapi oleh rakyat Palestin dengan tabah.

Apa pula status terkini di Palestin?

DR. HAFIDZI: Israel telah membuat perisytiharan untuk memilik negarakan beberapa tempat di Palestin sebagai hak warisan Yahudi. Ini termasuk wilayah Hebron atau Ibrahimi yang ada di dalamnya Masjid Ibrahim.

Dikatakan juga kawasan tersebut pernah menjadi tempat tinggal Nabi Ibrahim dan anak-anaknya. Tindakan ini adalah provokasi dan untuk mencuba ke atas orang Islam. Sebabnya Baitul Maqdis dan sekitar Al-Quds adalah bumi terbuka sebagai mana yang diisytiharkan oleh Saidina Umar sebelum ini. Maknanya, tidak ada sesiapa boleh mendakwa kawasan tersebut hak mereka.

Keadaan ini berlangsung sekian lama sehingga tercetusnya Perang Salib walaupun majoriti penduduk kawasan itu adalah Yahudi dan Kristian. Ini dianggap boleh mengeruhkan lagi suasana dan menimbulkan ketegangan dalam usaha mahu mencapai perdamaian. Saya melihat perbuatan ini akan ditolak bukan sahaja oleh orang Islam tetapi juga penduduk bukan Islam.

Amerika Syarikat (AS) terus berdolak-dalih dalam memberi tekanan kepada Israel untuk menjayakan misi perdamaian. Jika ini berterusan, adakah bermaksud kedamaian di Palestin hanya impian?

DR. HAFIDZI: Dasar luar AS terhadap Timur Tengah, amnya dan Israel, khasnya memang telah diketahui sejak dahulu. Dasar luar AS terhadap Israel sangat konsisten iaitu tetap menyokong apa-apa juga tindakan Israel dalam isu Palestin dan jiran-jiran negara Arabnya meskipun tindakan tersebut dilihat melanggar ketetapan PBB dan peraturan antarabangsa.

Bahkan AS mempamerkan rekod sangat cemerlang di dalam menggunakan kuasa veto atau pembatalnya di dalam menolak apa juga ketetapan PBB yang dilihat tidak memihak kepada Israel. Contoh terbaru adalah laporan Goldstone yang mendedahkan jenayah perang yang dilakukan oleh Israel ke atas Gaza yang dibentangkan di PBB.

Majoriti negara anggota PBB mengundi menyokong dapatan yang terkandung di dalam Laporan Goldstone terhadap jenayah perang yang dilakukan oleh Israel. AS sebagaimana yang dijangka membidas laporan tersebut dan menunjukkan sikap yang amat bertentangan dengan pendirian masyarakat antarabangsa yang mahu melihat keadilan ditegakkan untuk rakyat Palestin yang teraniaya dan dizalimi dengan mengheret Ketua-ketua negara Israel ke muka pengadilan.

Berdasarkan kepada realiti ini memang sukar meletakkan sebarang harapan kepada AS untuk mencapai kata sepakat dalam isu Palestin. Namun harapan sebenarnya bukan terletak di tangan AS. Meskipun Amerika kini adalah sebuah kuasa dunia tunggal namun corak kuasa unipolar yang mencorakkan politik antarabangsa bakal berubah. Kemunculan kuasa-kuasa baru seperti Cina, India dan Rusia di samping EU (Kesatuan Eropah) dan negara-negara Amerika Selatan yang semakin lantang seperti Venezuela, Bolivia, Chile dan Argentina bakal mengimbangi kuasa politik dan ekonomi AS, sekali gus boleh mendatangkan kesan terhadap dasar luarnya.

Lama-kelamaan AS tidak boleh lagi mengenepikan pandangan umum masyarakat antarabangsa terhadap dasar luarnya. Kita bakal menyaksikan AS akan melunakkan sikapnya dalam isu Palestin dan lebih tegas terhadap Israel meskipun pentadbiran AS berada di bawah pengaruh pelobi yahudi zionis.  Peranan yang lebih besar sebenarnya dimainkan oleh masyarakat madani (masyarakat sivil) dalam bentuk NGO dan pertubuhan hak asasi. Pertubuhan-pertubuh an ini semakin mendapat pengiktirafan dan bakal memimpin perubahan di peringkat antarabangsa.

Kini kita melihat usaha-usaha mencabar kepungan Israel dan sekatan ekonomi ke atas Gaza bukan diterajui oleh negara-negara tertentu tetapi oleh pertubuhan-pertubuh an sukarelawan yang bergabung dan melancarkan kempen serta bantuan kemanusiaan rentas sempadan ke Gaza seperti Viva Palestina, Gaza Life line, Break the siege dan sebagainya. Kita jangan lupa tekanan daripada masyarakat sivillah yang telah menyebabkan kerajaan AS mengubah polisinya di Asia Tenggara dan mengundurkan tenteranya dari Vietnam.

Keadaan yang sama boleh berulang di mana rakyat AS sendiri semakin peka dengan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin. Bahkan kita melihat demonstrasi dianjurkan oleh rakyat AS sendiri di bandar-bandar besar dan kecil mengutuk serangan Israel ke atas Gaza.

Ada juga pihak yang mempertikaikan apa yang boleh negara kecil seperti Malaysia lakukan untuk bantu Palestin jika kuasa besar tidak menunjukkan komitmen mereka. Adakah ini melemahkan perjuangan Pace?

DR. HAFIDZI: Untuk menangani isu Palestin yang sudah menjadi isu global, tidak ada satu negara pun yang boleh bertindak sendirian.

Hatta sebuah negara besar dan paling berkuasa pun seperti AS akhirnya terpaksa tunduk kepada kehendak masyarakat antarabangsa. Jadi Malaysia perlu berperanan membantu membentuk pandangan masyarakat antarabangsa yang membawa ke arah penegakkan hukum dan keadilan sejagat dalam isu Palestin. Ini boleh dilakukan dalam forum-forum antarabangsa. Mungkin PBB bukanlah forum yang berkesan kerana kita tahu PBB ditubuhkan dengan matlamat untuk menjaga kepentingan negara-negara berkuasa.

Kuasa veto

Ini terbukti daripda struktur PBB itu sendiri yang memberikan kuasa veto tanpa had kepada lima negara kuasa besar iaitu AS, Rusia, Britain, Perancis dan China. Maka Malaysia perlu menerajui isu Palestin melalui forum-forum seperti Pergerakan Negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC), Dialog Selatan-Selatan, Kumpulan 77 (G77) dan Pertubuhan negara Komanwel.

Dengan memimpin pandangan umum terhadap isu Palestin dalam pertubuhan-pertubuh an ini, maka suara yang lebih kuat dalam diketengahkan di dalam PBB dan boleh mempengaruhi trend pengundian dan sokongan di Persidangan Agung PBB dan juga Majlis Keselamatan PBB. Satu lagi pendekatan yang berkesan ialah melalui boikot (BDS – Boycott, Divestment and Sanction) yang kini sedang rancak diperjuangkan dan dikempenkan oleh pertubuhan-pertubuh an hak asasi dan pengguna di seluruh dunia).

Malaysia harus menyokong kempen BDS ini bahkan wajar menerajui kempen BDS ini di peringkat serantau – Asia Tenggara dan negara-negara membangun. Kempen boikot ekonomi amat berkesan. Model boikot ini telah dibuktikan di dalam menangani kerajaan Aparteid Afrika Selatan. Apabila kempen boikot ini disambut di seluruh dunia maka rejim Aparteid Afrika Selatan terpaksa akur dan mengembalikan hak demokrasi rakyat kulit hitam dan berwarna di sana.

Tidak mustahil bahkan amat mungkin rejim zionis Israel terpaksa tunduk kepada masyarakat antarabangsa apabila mereka tertekan dan terkesan dengan kempen boikot di peringkat antarabangsa ini. Atas dasar inilah Pace sentiasa mengambil inisiatif untuk mengadakan pemuafakatan dan kerjasama dengan semua pihak sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa dalam menangani isu Palestin.

Pace mempunyai jalinan antarabangsa dan seringkali berhubung dan menyokong usaha-usaha semua pihak di dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin. Dalam konteks Malaysia dan global, Pace bergabung di bawah satu pakatan Viva Palestina Malaysia (VPM) yang bergabung dengan Viva Palestina – International (VP) dan turut terlibat di dalam menyalurkan bantuan melalui Konvoi 3 ke Gaza, baru-baru ini. Ia menyaksikan lebih 200 ambulans dengan bekalan ubat-ubatan dan bahan makanan dibawa masuk ke Gaza mengikut jalan darat merentas benua Eropah ke Gaza melalui Rafah di Mesir. Pace juga bernaung di bawah Al-Quds Institute, sebuah badan antarabangsa yang dipengerusikan oleh ulama tersohor Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang mengkoordinasi bantuan dan juga menyusun strategi perjuangan bagi membantu rakyat Palestin membebaskan diri daripada cengkaman zionis.

Kesimpulannya, Pace sama sekali tidak akan merasa hampa dengan apa juga situasi yang berlaku di Palestin. Perjuangan membela rakyat Palestin pasti diteruskan dan akan terus dipacu tanpa jemu.

Di antara keistimewaan pendidikan Islam, seperti yang difahami dan diterapkan oleh Ikhwanul Muslimin, adalah kesempurnaan dan lengkapnya. Pendidikan Islam tidaklah terbatas pada memperhatikan satu segi saja dari segi-segi manusia seperti yang diutamakan oleh ahlinya masing-masing. Pendidikan Islam tidak mengkhususkan perhatiannya pada aspek rohani atau akhlak saja seperti yang dipentingkan orang-orang sufi dan ahli akhlak dan tidak pula membatasi usahanya pada pembinaan akal dan fikiran seperti yang dipentingkan oleh falsafah dan orang-orang yang mengutamakan akal. Begitu pula tidak menjadikan cita-citanya yang utama pada latihan ketenteraan seperti yang diinginkan oleh ahli-ahli di bidang militeri dan kegiatannya tidak pula terbatas pada pendidikan kemasyarakatan seperti yang dilakukan oleh penganjur-penganjur perbaikan sosial. Pada hakikatnya pendidikan Islam mementingkan keseluruhan aspek-aspek ini dan ingin mewujudkan semua macam pendidikan itu secara utuh.

Yang demikian itu kerana pendidikan Islam adalah pendidikan manusia seutuhnya: akal dan hatinya, rohani dan jasmaninya, akhlak dan keterampilannya. Kerana pendidikan Islam menyiapkan manusia untuk hidup, baik dalam keadaan senang atau susah maupun dalam keadaan damai dan perang; dan menyiapkannya untuk menghadapi masyarakat dengan segala kebaikan dan kejahatannya, manisnya dan pahitnya. Kerana itu haruslah diperhatikan pendidikan itu berjuang dan pendidikan kemasyarakatan, sehingga seorang muslim tidak terasing hidupnya dari masyarakat sekitarnya.  Sesungguhnya kesempurnaan dan kelengkapan yang menyeluruh adalah ciri khas Islam baik dalam bidang akidah, ibadah dan hukum. Semuanya mendapat tempat yang khas dalam bidang pendidikannya. Dalam lembaran-lembaran selanjutnya akan kami bicarakan secara singkat aspek-aspek pokok yang dipentingkan oleh pendidikan Ikhwanul Muslimin atau dengan kata lain pendidikan Islam seperti yang dipahami oleh Ikhwanul Muslimin dan yang di-terapkannya.

Aspek Akal. Ikhwanul Muslimin menaruh perhatian besar pada aspek ini, sesuai dengan perhatian Islam sendiri padanya. Ayat yang pertama I diturunkan Allah kepada Muhammad SAW. adalah : “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu.” (Al-’Alaq: 1).

Islam adalah agama yang menghormati akal. la menjadikan akal sebagai syarat taklif dan dasar pemberian pahala dan seksa. Al Qur-an penuh dengan ungkapan-ungkapan:

  •  (apakah kamu tidak menggunakan akalmu)
  •  (apakah kamu tidak berfikir)
  •  (sungguh meniadi tanda bagi mereka yang menggunakan akalnva),
  •  (bagi kamu yang berfikir)
  •  (bagi orang-orang yang berakal). dan
  •  (bagi orang-orang yang berakal).

Berfikir dalam Islam adalah ibadah, mencari bukti adalah wajib dan menuntut ilmu adalah fardhu, sebagaimana kejumudan itu adalah keji dan taklid adalah kejahatan. Islam menuntut dari seorang muslim supaya mempunyai bukti-bukti tentang Tuhannya dan dakwahnya hendaklah “berlandaskan akal.” Iman seorang mukallid tidaklah diterima dan Islam tidak membenarkan penganutnya menjadi pengekor, berfikir dengan kepala orang lain, lalu ia mengikuti saja tanpa pemikiran dan pengertian. Bahkan ia harus berpikir, sendiri merenungkan dan memahami.

“Barangsiapa yang dikehendaki Allah baginya kebaikan, maka diberikanNya kepadanya pengertian dalam soal-soal agama “

Sebab itu tidaklah diragukan, bahawa pendidikan akal merupakan keharusan seperti pendidikan Keimanan atau kejiwaan. Sebab perjalanan hidup manusia adalah gambaran dari pemikiran dan pandangannya terhadap alam wujud, kehidupan dan terhadap manusia. Kerana itu ustaz Hasan Al-Banna menjadikan “faham” sebagai rukun bai’at yang pertama dan didahulukannya atas ikhlas, amal, jihad, persaudaraan dan sebagainya yang merupakan prinsip-pinsip dasar dari dakwah. Kerana pemahaman mendahului semua itu dan seorang manusia tidak akan ikhlas terhadap kebenaran, mengamalkannya dan memperjuangkannya kecuali setelah ia mengenalnya dan memahaminya.

Al Quran menempatkan ilmu lebih dahulu dari iman dan ta’at, keduaduanya adalah hasil dari ilmu atau cabang daripada ya. Allah SWT. berfirman: “Dan agar orang-orang yang Telah diberi ilmu, meyakini bahawasanya Al Quran Itulah yang hak dari Tuhan-mu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan Sesungguhnya Allah adalah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus.” (Al Hajj : 54)

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kemuliaan khusus kepada hamba-hamba- Nya yang beriman dengan kesatuan dalam agama dan menganugerahkan mereka untuk memikul amanah risalah reformasi dan pengislahan ke seluruh penjuru dunia serta memberikan janji berupa taufiq dan kemenangan di dunia dan pahala yang berganda di akhirat kelak.

Solawat dan salam serta keberkatan kepada pemimpin para nabi, contoh tauladan bagi para pendakwah dan mujahidin, beserta keluarga dan para sahabatnya serta para pengikutnya yang mengikuti petunjuk dan kebaikan serta orang-orang  yang berjalan meneladani mereka hingga hari kiamat. Amma ba’du…

Inilah risalah terakhir saya, semoga dalam setiap patah perkataan terkandung makna yang berharga kerana ini merupakan risalah yang saya tulis dalam kedudukan terakhir saya sebagai “qiyadah” (pemimpin) dalam tubuh jamaah yang penuh berkat ini dan dalam rangka memenuhi prinsip dan komitmen yang telah saya umumkan sejak Jamaah Ikhwanul Muslimin memberikan kehormatan, amanah dan tanggung jawab ini kepada saya sebagai orang pertama dalam jamaah dakwah yang sentiasa dinaungi Allah berupa kemenangan dan agar diketahui oleh mereka yang jauh dan dekat bahwa Ikhwanul Muslimin tidak terjejas dan tidak berubah serta mereka tidak berkata kecuali dengan apa yang mereka lakukan.

Keperluan Dunia Pada Dakwah Ikhwanul Muslimin

Wahai Ikhwan yang tercinta…

Wahai para pemilik ruh yang mulia, pendamping liku-liku perjalanan dan rakan kongsi dalam berbagai aspirasi dan inspirasi…

Sungguh dengan berkat taufiq Allah yang telah dianugerahkan kepada saya sejak awal dalam hidupku sebagai qiyadah dan hampir tujuh puluh tahun berlalu; yang telah memperkenalkan saya dengan dakwah yang penuh berkat ini, memberikan kehormatan kepada saya untuk dapat bertemu dengan seorang mursyid dan pengasas jamaah Ikhwanul Muslimin iaitu Imam Syahid Hasan Al-Banna (semoga Allah merahmatinya) dan hidup bersama  para generasi pertama dari orang-orang besar yang dikenali dalam sejarah moden samada mereka itu dari Mesir atau negara lainnya.

Begitu pula dengan berkat taufiq Allah jua yang telah menganugerahkan kepada saya keteguhan sekalipun  berada dalam tekanan dan ancaman serta memohon kepada Allah semoga sentiasa menganugerahkan keteguhan berada dalam hidayah-Nya sehingga kelak dapat dipersatukan dan dipertemukan dengan Rasulullah saw dan para pendakwah selepasnya hingga hari kiamat….!!

Saya sangat menyedari dan yakin bahwa dakwah merupakan keperluan utama bagi warga Mesir, keperluan bagi warga Arab dan umat Islam seluruhnya, bahkan keperluan bagi umat manusia di seluruh dunia.

Ini adalah kerana yang dipikul oleh dakwah adalah :

1.      Prinsip-prinsip pembaharuan Islam yang mulia.

2.      Petunjuk terhadap kemuliaan dan keagungannya.

3.      Memperbaiki pemahaman terhadap risalahnya.

4.      Risalah pembaharuan menyeluruh terhadap semua aspek kehidupan.

Ini bersesuaian sepertimana firman Allah swt :

“Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan semesta alam”. (QS Al-An’am : 162)

Setelah tersebar banyak kekeliruan dan kesalahan yang menganggap bahwa Islam hanya terbatas kepada bentuk-bentuk ibadah dan amalan kerohanian semata-mata, maka dakwah Ikhwanul Muslimin datang untuk menyatakan bahwa :

1.      Islam adalah agama yang komprehensif.

2.      Islam menyelesaikan dan mengatur berbagai urusan hidup.

3.      Islam memberikan jalan penyelesaian kepada setiap permasalahan yang dihadapi oleh manusia.

4.      Islam menempatkan sistem yang ketat dan berhati-hati padanya serta tidak terbelenggu di hadapan berbagai masalah dan sistem yang mesti dihadapi dan diperbaiki untuk kemaslahatan manusia.

“Islam adalah negara dan bangsa atau pemerintah dan rakyat, akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang atau ilmu pengetahuan dan kehakiman, material dan harta atau keuntungan dan kekayaan, jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah, sebagaimana ia merupakan aqidah yang benar dan ibadah yang sahih secara bersamaan”.

Dunia ketika ini sangat memerlukan pemahaman Islam yang seperti ini sehingga dengan demikian akan mampu :

1.      Mewujudkan harapan ramai orang.

2.      Menghadapi berbagai kerosakan.

3.      Memberikan jalan penyelesaian terhadap perdamaian yang sempurna dan kesejahteraan yang mententeramkan.

Alangkah indahnya, sekiranya umat Islam secara keseluruhan mahu menyedarinya! .

Manhaj Perubahan Menurut Ikhwanul Muslimin

Ikhwanul Muslimin menyedari bahwa cara untuk mencapai pemahaman yang benar terhadap Islam di tengah realiti kehidupan ini adalah dengan menghilangkan terlebih dahulu dalam realiti kehidupan bangsa tersebut berupa :

1. Perasaan yang terabai.

2. Akhlak yang rosak.

3. Kekikiran yang ditaati.

Oleh kerana itu perkara pertama yang mereka arahkan adalah “tarbiyah ruhiyah” iaitu :

1. Pembinaan terhadap jiwa.

2. Memperbaharui ruh.

3. Memperkukuhkan akhlak dan perilaku.

yang disasarkan tepat ke dalam hati setiap bangsa berdasarkan beberapa perkara berikut :

1 – Meletakkan “manhaj al-aqdi” (sistem aqidah) bagi Ikhwanul Muslimin yang berasal dari Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya saw yang sahih, tidak terkeluar darinya barang sedikit pun sehingga membuatkan Islam hidup di setiap persendian umatnya; memiliki kesedaran pada akal dan hati nuraninya dalam setiap gerakan dan perilakunya.

2 – Meletakkan “manhaj tarbawi” (sistem tarbiyah) untuk Ikhwanul Muslimin sehingga dengannya akan mampu mewujudkan komitmen yang benar dalam berbagai aspek Ibadah Islam dan syiar-syiarnya; di mana perkara tersebut berperanan sebagai cara yang efektif dalam  membersihkan jiwa dan mensucikan hati.

3 – Meletakkan “manhaj tsaqafi al-mutakaamil” (sistem budaya yang bersepadu dan sempurna) yang mampu memberikan pemahaman Islam yang benar dan sederhana sesuai dengan realiti Islam tanpa berlebihan dan tidak ada kekurangan, melindunginya dari salah faham dan penghinaan serta membentuk landasan yang kuat dan bersih untuk kesatuan dunia Arab dan Islam sejagat.

4 – Meletakkan “manhaj al-ilmi” (sistem ilmiah); agar dapat diterapkan prinsip-prinsip Islam dan etika-etikanya dalam berinteraksi, berperilaku dan bersosial. Ikhwanul Muslimin menghadirkan (walau di manapun mereka berada) contoh tauladan yang baik dalam segala bidang profesional dan sosial yang bermanfaat dan produktif.

5 – Meletakkan “manhaj haraki wa as-siyasi” (sistem harakah dan politik) yang diilham dan bersumber dari Islam. Oleh kerana itu, Ikhwanul Muslimin sentiasa menyeru untuk melakukan pengislahan atau reformasi yang komprehensif dan bersepadu, bekerjasama dengan berbagai komponen dan kekuatan bangsa tanpa terkecuali dengan menarik penyertaan rakyat dalam berbagai bentuknya, mencakupi berbagai keadaan yang merosakkan untuk dilakukan perubahan dan pembaikan atas dasar agama, bangsa dan identiti budaya serta peradabannya di mana mereka akan sentiasa turut serta dan terus aktif berperanan secara positif dalam setiap tindakan atau bertujuan untuk mengangkat kehormatan bangsa dan tanah air di segala bidang, samada di peringkat tempatan mahupun global.

6 – Meletakkan “manhaj al-jihadi as-shahih” (sistem jihad yang benar) yang dapat membezakan antara jihad melawan penjajahan ke atas negara melalui penentangan bersenjata dan jihad dengan cara damai. Mujahadah untuk memperbaiki sistem pemerintahan nasional yang rosak dan korup melalui nasihat, bimbingan dan arahan serta pembetulan konsep serta sentiasa turut serta secara aktif dalam bebragai kegiatan dan aktiviti; samada  sosial, ekonomi dan politik yang jauh dari tindakan kekerasan dan mengangkat senjata serta menyebarkan kedamaian di tengah-tengah masyarakat.

7 – Meletakkan carta-carta peraturan untuk kelengkapan struktur, persiapan ncangan, mengenalpasti strategi, pengambilan keputusan, pengembangan mekanisma, mengendalikan gerak kerja, penilaian pencapaian tujuan, memantau aktiviti dan perubahan serta memperbaiki kesalahan di bawah naungan ukhuwah, mahabbah (cinta), tsiqah (rasa percaya diri) dan indhibat (disiplin).

Selain dari itu, Ikhwanul Muslimin sentiasa melakukan :

1.      Kajian semula terhadap sistem dan peraturan mereka dari masa ke semasa.

2.      Mendiskusikan apa yang mesti diperbaiki dari suatu kesalahan lalu diluruskan.

3.      Menyemak orang yang memberikan nasihat di samping mencintai mereka.

4.      Berusaha memperolehi manfaat dari para pengkritik dan penentang dakwah mereka.

5.      Tidak pernah berhenti berusaha untuk meninjau berbagai perkembangan pada sikap dan pendapat sesuai dengan suasana baru yang mereka hadapi dan dari berbagai sikap dan idea-idea ini ditanggapi secara fleksibel selagi tidak ada pertentangan dengan tsawabit (unsur-unsur tetap) serta prinsip-prinsip yang mereka yakini.

Mereka memahami bahwa Ikhwanul Muslimin akan tetap berjalan baik selama mana ia menerima nasihat dan saranan dan semoga Allah swt merahmati Umar bin Al-Khattab yang telah mendoakan orang yang menunjukkan aib dirinya, beliau berkata:

“Semoga Allah merahmati orang yang menunjukkan aib diriku”.

Dakwah Ikhwanul Muslimin Adalah Dakwah Bagi Menyelamatkan Umat Tercinta

Melalui mimbar ini, tidaklah salah jika saya katakan :

Sesungguhnya dakwah Ikhwanul Muslimin jika difahami oleh umat, ia merupakan sebahagian dari usaha penyelamat, baik dalam manhajnya yang jika diikuti oleh sesuatu bangsa merupakan suatu keuntungan dan dalam perjuangan mereka jika mahu dibantu merupakan harapan dan bahwa mereka sentiasa berjuang untuk berada dalam perjalanan yang mereka tempuh demi memberikan perkhidmatan bagi agama dan bangsa mereka, insya Allah, tidak gentar terhadap orang yang menyakiti dan memencilkan mereka, sampai Allah memberikan kepada bangsa ini dan dunia dalam meraih kebahagiaan melalui kebaikan yang mereka tebarkan.

Oleh kerana itu, saya merasakan amat sesuai jika saya dapat mengingatkan bangsa dan yang merasa mendapat amanah pada dakwah kami lebih-lebih lagi mereka yang ragu dan bersikap skeptikal terhadap prinsip-prinsip dan nasionalisma kami bahwa ketika kami terlibat di atasnya, seperti yang diungkapkan oleh Imam syahid Hasan Al-Banna dalam Risalah “dakwatuna” ketika ia berkata:

” Kami ingin agar umat mengetahui bahwa mereka lebih kami cintai daripada diri kami sendiri. Sungguh, jiwa-jiwa kami ini senang gugur sebagai penebus bagi kehormatan mereka, jika memang tebusan itu yang diperlukan atau melayang untuk membayar kejayaan, kemuliaan, agama dan cita-cita mereka, jika memang mencukupi.

Tidak ada yang membawa kami bersikap seperti itu kepada mereka, kecuali kerana kasih sayang yang telah menambat hati kami, menguasai perasaan kami, menghilangkan perasan mengantuk kami dan mengalirkan air mata kami. Sungguh, kami benar-benar sedih melihat apa yang menimpa dan terjadi pada umat ini, sementara kita hanya sanggup menyerah pada kehinaan, keridhaan pada kerendahan dan pasrah pada keputusasaan.

Sungguh kami bekerja di jalan Allah untuk kemaslahatan bagi seluruh manusia lebih banyak dari apa yang kami lakukan untuk kepentingan diri kami. Kami adalah milik kamu semua wahai saudara-saudara tercinta, bukan untuk orang lain. Sesaat pun kami tidak akan pernah menjadi musuh kamu.

Kami tidak merasa berjasa dengan sesuatupun dan tidak pula menganggap diri ini lebih utama. Kami hanya meyakini akan firman Allah swt :

“….Sebenarnya Allah, dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar.” (QS Al-Hujurat : 17)

Kami sering berangan-angan (andaikata angan-angan itu bermanfaat) bahwa hati kami terbuka di hadapan mata dan telinga umat ini, sehingga saudara-saudara kami dapat melihat sendiri. Adakah mereka melihat sesuatu dalam hati kami, selain menginginkan kebaikan untuk mereka, rasa kasih sayang terhadap mereka serta rela mati untuk kemaslahatan mereka?

Apakah mereka menemui dalam hati kami selain kepedihan mendalam atas apa yang kita alami?

Namun cukuplah bagi kami bahwa Allah swt mengetahui itu semua. Hanya Dia-lah yang menjamin dukungan yang tepat agar kami sentiasa berada dalam kebenaran. Di tangan-Nya-lah berada semua kendalian dan kunci hati. Siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiada yang dapat menyesatkannya. Dan siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada yang dapat menunjukinya. Cukuplah Allah bagi kami. Dialah sebaik-baik tempat bergantung. Bukankah Allah yang mencukupi seluruh hanba-Nya?”

Masa Depan Yang Cerah Bagi Dakwah Yang Dipikul Oleh Ikhwanul Muslimin

Wahai Ikhwanul Muslimin, ketahuilah bahwa masa depan yang cerah adalah bagi jamaah, dakwah dan agama kamu.. Perkara ini adalah disebabkan oleh beberapa alasan berikut:

1. Allah berjanji kepada mereka yang gigih dan ikhlas berjuang untuk agama mereka

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahwa Dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan aku”. (QS An-Nuur : 55)

dan firman Allah swt lagi :

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa, (iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan. Dan Allah tidak akan memungkiri janji-Nya.” (QS Al-Hajj : 40 – 41)

2. Bahwa projek peradaban dalam rangka melakukan reformasi peradaban yang kamu pikul telah menunjukkan realiti sejarah dan realiti fikiran, dan dalam kenyataannya lebih bermanfaat bagi umat manusia dan menjadi penyelamat dari kehancuran, kerana itu ia memegang rahsia penerusan hidup; walabagaimana keadaan dan situasi serantau dan dunianya.

“Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya; Adapun yang memberi manfaat kepada manusia, Maka ia tetap di bumi”. (QS Ar-Ra’d : 17)

3. Bahwa projek kebangkitan dan penyelamat yang kamu tetap berpegang teguh padanya telah banyak mengalirkan darah suci dari para syuhada’, pejuang dakwah ini, dimulai dari Imam Syahid Hasan Al-Banna dan mujahid Asy-syahid Izzuddin Al-Qassam, kemudian diteruskan dengan mengalirnya darah para syuhada pejuang dakwah yang berada di penjara kezaliman seperti : Muhammad Farghali, Abdul Qadir Audah, Muhammad Yusuf Hawasy, Ibrahim Tayyib, Hindawi Duwair, Mahmud Abdul Latif, Sayyid Quthb, Abdul Fattah Ismail, Kamal As-Sananiry, Abdullah Azzam, dan lain-lainnya.

Dan di akhir-akhir ini syahidnya para syuhada’ di bumi Palestin yang tercinta seperti: Ahmad Yaasin, Abdul Aziz Rantisi, Solah Shahadah, Fathi Asy-Syiqaqi, Yahya Ayyash , Nizar Rayyan, Said Siyam dan para pahlawan lainnya dari para pejuang dan pasukan penentang serta puluhan ribu warga yang tetap bersabar dan bertahan serta teguh di Palestin yang sedang mengalami berbagai jenis ketidakadilan dan dijerumuskan di dalam penjara ketidakadilan dan kezaliman atau di bawah kongkongan tawanan di penjara dan mereka yang telah menorehkan sejarah terbaik akan keteguhan jamaah Ikhwanul Muslimin melalui beberapa dekad jihad dan dakwah di Mesir, Palestin dan lain-lain.

Inilah darah dan pengorbanan yang tidak akan hilang dan sia-sia Insya Allah, dan kamu telah melihat buahnya berupa beralihnya perhatian umat terhadap dakwah kamu serta berkumpulnya mereka dalam dakwah kamu, memberikan dokongan yang penuh untuk projek kamu sampai akhirnya dakwah ini menjadi bahan perbincangan dan perhatian umat dan memenuhi pendengaran dan penglihatan puluhan negara-negara Arab dan Islam.

4. Bahwa dakwah dan jamaah kamu mampu menyatukan sejumlah besar dari para insan terbaik dan elit dari kalangan para intelek, ilmuwan, ahli akademik, ahli ekonomi, ahli politik dan profesional yang jujur dan tulus serta sangat sedikit kelompok yang mampu menandingi jamaah seperti ini (samada secara kuantiti atau kualiti) dari berbagai kelompok lain atau dakwah lain di dunia ini, terlepas dari semua tekanan yang diperlakukan oleh rejim-rejim otoritarian dan korup, maka ini semua menandakan bahwa dakwah kamu merupakan kunci masa depan insyaAllah.

5. Bahwa projek kebangkitan dan reformasi mampu menggabungkan antara keaslian dan pembaharuan, kelenturan dan kesan positif, kerana sentiasa menjaga dan memelihara simbol-simbol suci dan unsur-unsur tetap dalam syari’ah yang tidak pernah ragu dalam menangani semua idea-idea baru yang bermanfaat dan sejahtera, slogannya adalah hadits Nabi saw :

“Kata-kata hikmah merupakan sesuatu yang hilang dari orang yang beriman, di mana ia berada maka ia lebih berhak mendapatkannya.” (HR Tirmizi dan Ibnu Majah).

Jadi kita wahai Ikhwanul Muslimin sentiasa mencari hikmah dengan penuh kesungguhan dan ketulusan sepertimana seseorang yang sedang mencari sesuatu yang hilang oleh kerana terlepas darinya dan jika menemuinya maka akan lebih bersemangat  untuk memanfaat dan melaksanakannya.

Begitu pula Ikhwanul Muslimin tidak akan pernah lengah sedikitpun dalam menyebarkan kebenaran demi kesejahteraan bangsa dan umat serta tidak akan pernah terlambat dalam menerima kebenaran dan kembali kepadanya lalu menjunjung tinggi kebenaran tersebut, dan itu merupakan penyebab yang paling utama dalam menuju kejayaan dan kekuatan mereka.

6. Bahwa mereka yang kamu hadapi dengan penentangan dari rejim-rejim yang menekan dan pemerintahan yang korup dan jahat tidak akan mampu berdiri di tanah yang kukuh kerana :

a.       Mereka tidak memiliki unsur-unsur yang kukuh sepertimana kemuliaan kamu dan kelapangan dada serta kebersihan tangan kamu dan tidak akan mendapatkan penerimaan yang hakiki dari suatu bangsa, sehingga mereka berusaha melindungi dan mempertahankan kedudukan mereka dengan tongkat kekerasan dan kediktatoran.

b.      Mereka tidak memiliki kemampuan untuk menghalang kamu melalui ideologi dan politik serta kesetiaan kamu kepada bangsa.

c.       Mereka  tidak memiliki jalan penyelesaian lainnya dalam menghadapi kerja kamu kecuali dengan menangkap dan berusaha menggagalkan projek kamu, memecahbelahkan antara kamu dengan umat sehingga membuatkan kamu dan umat terasing dan berusaha dengan kuat untuk menghancurkan agama kamu serta memutarbelitkan jihad kamu.

Namun itu semua telah membuktikan bahwa segala usaha yang mereka lakukan tidak mampu diwujudkan kecuali semakin meningkat persatuan barisan kamu, memperteguh prinsip-prinsip kamu dan menambah rasa cinta rakyat dan bangsa kamu.

Hal ini sepertimana yang diungkapkan oleh Abu Tayyib al-Mutanabbi :

“Jika datang kepada saya orang yang mencela # Maka itu merupakan kesaksian akan kesempurnaan saya”

7. Bahwa projek Ikhwanul Muslimin adalah projek untuk melakukan kebangkitan dan reformasi yang bertujuan untuk memerdekakan negara Arab dan Islam dari berbagai bentuk kekuasaan asing di semua bidang seperti ekonomi, politik, budaya, kerohanian dan pembebasan tanah Arab dan Islam dari kongkongan penjajahan.

Oleh kerana itulah projek mereka terfokus pada melakukan penentangan terhadap projek Zionis Amerika yang melakukan penentangan terhadap Ikhwanul Muslimin dan menyelewengkan wajah mereka yang bersih serta memerangi projek Islam sebagai tujuan mereka.

Sebenarnya projek mereka hari demi hari mulai menampakkan kelemahan dan hilang kekuatannya serta mengikis keyakinan pendukungnya dan bahkan mulai terhakis pula (akibat sikap mereka yang salah) pada setiap harinya populariti mereka di hadapan bangsa dan masyarakat mereka sendiri dan mulai beralih kepada projek peradaban Islam yang terus menarik perhatian dan meningkatnya penerimaan dan dukungan yang luar biasa dari umat yang mendambakan kemerdekaan dan kemuliaan, terutama pemuda yang memiliki jiwa semangat.

“Dan Sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) berita Al Quran setelah beberapa waktu lagi”. (QS Shaad : 88)

Wahai Ikhwan Marilah Bekerja Kuat

Oleh kerana itu, saya menyeru kepada Ikhwanul Muslimin untuk tetap berpegang teguh pada dakwah dan prinsip kamu dan genggamlah dengan erat dan jangan ragu-ragu atau takut meskipun :

1.      Harus berhadapan dengan tindakan sewenang-wenangnya bagi kemerdekaan dan kebebasan kamu.

2.      Berhadapan dengan peperangan yang tidak seimbang atas kamu.

3.      Diskriminasi secara keji atas hak kamu dalam mencari rezeki.

4.      Putarbelit yang jahat atas dakwah dan simbol-simbol kamu.

Itu semua merupakan cukai di atas jalan dakwah yang mesti kamu bayar dan tanda kemenangan sudah dekat mengalahkan segala bentuk ketidakadilan dan kezaliman insya Allah.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, Padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, Maka Sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebahagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada’. dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim”. (QS Ali Imran :139-140)

Hadapilah masa depan yang ada di tangan kamu dengan iman yang teguh dan tenaga kerohanian, material dan moral yang agung dan dengan apa yang kamu miliki dari berbagai unsur keberkatan, baik dari laki-laki mahupun wanita, pemuda mahupun pemudinya, bersatulah dalam kasih sayang  kerana Allah, ukhuwah Islam dan kesetiaan terhadap manhaj yang bijaksana tanpa mengenal rasa putus asa, tidak ada keluhan dan tidak terlambat dalam mempersembahkan pengorbanan demi agama dan bangsa mereka.

Ketika ini saya ingin mengumumkan kepada kamu dan kepada dunia keinginan saya untuk mewujudkan apa yang telah saya janjikan kepada kamu iaitu melepaskan jawatan dan kedudukan saya sebagai qiyadah kepada darah segar dan jiwa baru yang penuh bertenaga kerana saya yakin bahwa jamaah yang memiliki banyak tenaga dan keahlian sangat layak mencapai dan mewujudkan harapan dan pilihan yang terbaik anasirnya insya Allah.

Jangan takut akan suatu perubahan kerana di dalamnya ada keberkatan yang mulia, berhati-hatilah dari bersekutu atau berhenti melakukan pembaharuan darah segar; kerana itu akan mengganggu tenaga dan potensi serta menunda perjalanan menuju tujuan yang dicita-citakan.

Adapun kepada ikhwan tercinta yang berada di sebalik penjara dan tembok penindasan dan ketidakadilan, di sebalik pengadilan tentera yang zalim atau dalam penangkapan yang tidak bertamadun dan jahat atau dalam peristiwa-peristiwa palsu dan lemah yang ditujukan kepada mereka, saya sampaikan kepada mereka salam dan penghargaan yang tulus kerana kesabaran dan keteguhan mereka, sebagaimana saya sampaikan kepada ayah, ibu, isteri dan anak-anak mereka dan saya berharap dan memohon, semoga Allah memberikan kebebasan dan kemerdekaan segera dan untuk dakwah sebuah kemenangan yang dekat.

Menuju Kesatuan Dan Kekuatan Islam, Nasionalisma Dan Patriotisma Bangsa

Ikhwanul Muslimin sedar sepenuhnya bahwa mereka tidak akan mampu secara bersendirian mewujudkan harapan bangsa dalam bentuk kebangkitan dan reformasi.

Mereka tidak melihat diri mereka kecuali sebagai salah satu komponen penting yang memiliki tugas dan jamaah yang besar dan setia dari berbagai komponen dan kekuatan penting lainnya, bahwa kemenangan tidak akan tercapai kecuali dengan menyeragamkan potensi dan menyatukan kekuatan.

Oleh sebab itulah mereka terus membentangkan tangan mereka menjangkau setiap orang yang memiliki kesetiaan dan kejujuran dari semua sisi dan arah; samada dari kalangan yang bersimpati, ahli politik dan para intelek untuk turut serta dan bekerjasama dalam amal-amal demi kemaslahatan bangsa.

Dengan wujudnya mereka-mereka yang ikhlas dari semua pihak dan juga dari Ikhwanul Muslimin, telah tersedia berbagai aktiviti dan agenda yang sedang menunggu berlakunya genggaman tangan dengan tangan lainnya dalam satu kesatuan dan berpadunya kekuatan dan potensi dengan kekuatan dan potensi lainnya, sebagai usaha untuk memberikan kebaikan dan manfaat untuk semua, dan kami telah melakukannya, maka apakah kamu juga telah melakukannya?

Saya akan ulangi kandungan ungkapan yang sentiasa dilontarkan oleh Ikhwanul Muslimin:

Kami adalah jamaah Ikhwanul Muslimin yang tidak bekerja secara mutlak untuk menjatuhkan seseorang (individu) atau mengurangkan peranannya, sebagaimana kami juga  menolak orang lain yang bekerja dengan penuh kekuatan untuk menjatuhkan kami atau menghadkan aktiviti kami.

Kami melihat dengan penuh kejujuran dan ketulusan bahwa negeri yang mulia ini yang kita jadikan sebagai bahtera bagi semua orang yang sangat memerlukan adanya usaha dari semua pihak dengan menampakkan wawasan yang berbagai untuk menyelamatkan bahtera ini dari tenggelam serta memastikan ianya di bawah naungan demokrasi yang bersih dan syura yang bijaksana berdasarkan prinsip rakan perkongsian di antara anak-anak bangsa; bukan prinsip untuk saling mengalahkan dan menjatuhkan seseorang atau dengan mengorbankannya untuk kepentingan orang lain.

Adapun mereka yang terus menentang dan memusuhi kami, enggan bekerjasama kecuali memusuhi dan memfitnah atas kami dan memandang kami dengan penuh kecurigaan dan ketidakpercayaan atau dengan pandangan yang angkuh penuh kesombongan, tidak ada yang dapat kami sampaikan kepada mereka kecuali

“Bagi Kami amal-amal Kami dan bagimu amal-amalmu, Kesejahteraan atas dirimu, Kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil”. (QS Al-Qashash : 55)

dan kami doakan untuk mereka seperti yang pernah dilantunkan oleh Nabi saw dalam doanya :

“Ya Allah, Ampunilah kaumku, kerana mereka belum memahami”. (Muttafaq alaih)

Ucapan Terimakasih Dan Penghargaan

Sungguh, saya telah diberikan amanah tanggungjawab menjadi qiyadah pada jamaah yang penuh berkat ini selama enam tahun, penuh dengan peristiwa dan kerja dan di samping saya ini ramai para Ikhwan anggota Maktab Irsyad yang mulia, dan mereka adalah sebaik-baik pemberi dokongan dan sandaran bagi saya dan bagi dakwah yang penuh berkat ini.

a. Di antara mereka ada yang berhasil menunaikan tugasnya dengan baik dan sempurna hingga meninggal dunia dan kami memohon kepada Allah semoga mereka kelak dinaungi rahmat Allah.

b. Di antara mereka ada yang masih tertahan di tangan kezaliman dan berada di sebalik tembok penjara.

c. Di antara mereka ada juga yang terus menerus berhadapan dengan penindasan, penyiksaan dan penahanan secara berulang.

Namun meskipun demikian, mereka tidak pernah merasa lemah dan lesu, apalagi ragu-ragu untuk melaksanakan tugas, berkorban masa dan waktu istirehat serta jiwa mereka, semoga mereka mendapat pahala dan ganjaran yang besar dan berganda dari Allah dan  saya ucapkan  terima kasih yang tulus dan penghargaan dan saya berharap semoga Allah memberikan limpahan rahmat dan taufiq untuk kebaikan dakwah dan bangsa.

Saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada para Ikhwan yang mulia para mas’ul jamaah ini samada yang berada di dalam dan di luar negara yang :

1.      Teguh dalam keimanan.

2.      Teguh dalam dakwah.

3.      Amanah dalam menunaikan tugas risalah.

Saya memohon kepada Allah semoga memberikan kepada dakwah dan para pemikulnya ganjaran dan pahala yang terbaik.

Akhir sekali yang ingin saya sampaikan adalah bahwa seluruh manusia pasti melakukan kesalahan dan kekeliruan dan saya bukanlah manusia terbaik di dalamnya dan semua anak cucu Adam pasti melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah yang mahu bertaubat (mengakui kesalahannya) .

Oleh kerana itu, saya memohon semoga Allah menerima amal saya, memaafkan dan mengampuni kesalahan saya dan mengakhiri hidup saya dengan pengakhiran yang baik seperti para hamba-hamba- Nya yang soleh, dan akhir dari doa kami adalah segala puji hanya untuk Allah.

Allahu Akbar Walillahilhamd

Solawat dan salam semoga sentiasa tercurah kepada Nabi Muhammad saw beserta keluarga dan para sahabat semua.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Muhammad Mahdi Akif

Mantan Mursyid Am Ikhwanul Muslimin ketujuh

Sumber : Ikhwan webnetonline

Next Page »